Kemaskini terakhir: 16/05/2012 (Rabu)
Sila hantarkan permohonan baru ke emel: pkk@ukm.my
Sila klik untuk melihat garis panduan kemasukan buletin universiti sebelum mengemukakan permohonan.

  [ Arkib: 2012 | 2011 | 2010 | 2009 | 2008 | 2007 | 2006 | 2005 ]

 

Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-42 UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Islam UKM akan menganjurkan Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun UKM Ke-42. Berikut adalah butirannya:

Tarikh: 17 Mei 2012 (Khamis)
Masa: 6.30 petang
Tempat: Masjid UKM Bangi
Tema: "Bersama Memacu Transformasi Negara"

Semua Warga UKM Dijemput Hadir. Sila Klik Poster dan Atur cara disini.


(ewarga/bul/bil.16052012-91)

 

 

 

Saksikan Prof. Emeritus Prof. Dato' Dr. Hood Mohd. Salleh & Prof. Dr. Noor Inayah Yaa'kub di Astro Awani, jam 10.00 malam [atas]

Saksikan siaran secara langsung diskusi program Analisis Awani di Astro Awani,  pada 16 Mei 2012 (Rabu) jam 10.00 malam mengenai 42 Tahun UKM. Tetamu diskusi Prof. Emeritus Dato' Dr. Hood Mohd. Salleh, Pengarah Muzium Warisan Akademik dan Prof. Dr. Noor Inayah Yaa'kub, Pengarah Pusat Perancangan Korporat & Kepimpinan UKM.

Selamat menonton.


(ewarga/bul/bil.16052012-90)

 

 

 

Penutupan Pendaftaran Kursus Asas First Aider & CPR [atas]

Makluman kepada semua warga UKM. Pendaftaran bagi Kursus Asas First Aider & CPR telah ditutup. Peserta-peserta yang telah terpilih akan dihubungi melalui SMS. Bagi yang tidak berjaya, pihak kami memohon jutaan maaf kerana penyertaan adalah terhad. Sekian, harap maklum. Terima kasih.


(ewarga/bul/bil.16052012-89)

 

 

 

Bengkel P&P PPA: Problem Based Learning [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik akan menganjurkan Bengkel P&P PPA: Problem Based Learning tersebut bagi kakitangan akademik seperti berikut:

Tarikh: 6 Jun 2012 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi- 4.30 petang 
Tempat: Puri Pujangga 

Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Latihan di www.ukm.my/espel .Sila klik untuk lihat atur cara.  


(ewarga/bul/bil.16052012-88)

 

 

 

Tahniah - World Renewable Energy Network (WREN) Pioneer Award 2012 [atas]

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dato’ Dr.  Kamaruzzaman Sopian kerana telah dianugerahkan World Renewable Energy Network (WREN) Pioneer Award 2012.

Sila klik untuk maklumat lanjut.
Sila klik untuk sijil dan berita bergambar

Syabas !


(ewarga/bul/bil.16052012-87)

 

 

 

Pertandingan Aerobikthon sempena sambutan Hari Belia Negara [atas]

Dimaklumkan bahawa Kementerian Belia & Sukan akan menganjurkan Pertandingan Aerobikthon sempena sambutan Hari Belia Negara seperti berikut:

Tarikh: 27 Mei 2012 (Ahad)
Masa: 7.00 Pagi
Tempat: Kawasan Parkir Bersebelahan Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya

Kategori: Terbuka Individu (18-29 Tahun)
Terbuka Individu (30-45 Tahun)
Terbuka Individu (46 Tahun ke atas)

Yuran:    RM10.00
Tarikh Tutup:  20 Mei 2012

Untuk pendaftaran, sila hubungi :
Pn. Umi Kalsom Hot
03-89214192 / 0123506522
Unit Pembangunan Insaniah
Pusat Sukan UKM


(ewarga/bul/bil.16052012-86)

 

 

 

Pertandingan Miss Fitness sempena sambutan Hari Belia Negara [atas]

Dimaklumkan bahawa Kementerian Belia & Sukan akan menganjurkan Pertandingan Miss Fitness sempena sambutan Hari Belia Negara seperti berikut:

Tarikh: 26 Mei 2012 (Sabtu)
Masa: 8.00 - 10.30 Malam
Tempat: Kawasan Parkir Bersebelahan Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya
Acara/Disiplin: Push Up on Fitball / Stepboard (2 minit)

Rowing Machine (15 minit)
Squat (2 minit)
Sit Up (2 minit)
Bleep Test 

Syarat-syarat:  Wanita berumur 18 tahun ke atas   
Yuran: RM15.00

Hadiah :  Hadiah Wang Tunai

-    Johan (RM1000 + sijil)
-    N. Johan (RM700 + sijil)
-    Ketiga (RM500 + sijil)
-    Keempat (RM300 + sijil)
-    Kelima (RM200 + sijil)
-    Keenam hingga ke-10 (RM100 + sijil)

Tarikh Tutup:    20 Mei 2012

Untuk pendaftaran, sila hubungi :

Pn. Umi Kalsom Hot
03-89214192 / 0123506522
Unit Pembangunan Insaniah
Pusat Sukan UKM


(ewarga/bul/bil.16052012-85)

 

 

 

Festival Seni UKM 2012 [atas]

Urus setia ARTISUKMA dengan Kerjasama Pusat Kebudayaan, JPPel akan mengadakan Festival Seni UKM 2012 pada 25 hingga 27 Mei 2012, bertempat di Dectar, UKM. Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang festival ini berlangsung.
                       
Pameran Seni Tampak

Tarikh : 25 – 27 Mei 2012
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Foyer Dectar, UKM

Demontrasi Seni Mempertahankan Diri
Tarikh: 25 Mei 2012
Masa : 2.30 petang
Tempat : Foyer Dectar, UKM

Persembahan Pentas
Tarikh: 27 Mei 2012
Masa: 8.00 malam
Tempat: DECTAR, UKM

Semua warga UKM dan sekitarnya dijemput hadir untuk memeriahkan lagi festival ini.


(ewarga/bul/bil.16052012-84)

 

 

 

Penutupan Sementara Sistem Pembangunan Insaniah (SPI) [atas]

Dimaklumkan bahawa Sistem Pembangunan Insaniah (SPI) akan ditutup sementara dari 15 Mei 2012 (Selasa) hingga 16 Mei 2012 (Rabu) bagi tujuan penyelenggaraan teknikal.
Mohon maaf atas segala kesulitan.


(ewarga/bul/bil.15052012-83)

 

 

 

Pindaan Tarikh Bengkel Diet, Exercise & Recovery (DER) [atas]

Dimaklumkan bahawa tarikh bagi penganjuran Bengkel Diet, Exercise & Recovery (DER) terpaksa dipinda ke tarikh baru seperti berikut :

Tarikh:  6 - 7 Jun 2012
Masa:   8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat:    Kompleks Kesatria, UKM
Yuran :    Percuma

Pendaftaran boleh di buat melalui sistem eSPEL (http://smk.ukm.my/espel) dan borang pendaftaran yang disediakan atau boleh didapati di laman web pusat sukan (http://www.ukm.my/pusatsukan)

Sebarang kesulitan amat dikesali. Harap maaf.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : 
03-8921 4192        -    Pn. Umi Kalsom Hot
03-8921 4454        -    En. Asyraf, En. Yazid, Cik Alia


(ewarga/bul/bil.15052012-82)

 

 

 

Ulang Tahun Ke-42 UKM [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa tanggal 18 Mei 2012 iaitu hari Jumaat adalah tarikh UKM melakari sejarah ke-42 tahun di persada kegemilangannya.
Tema tahun ini ialah: Bersama Memacu Transformasi Negara.

Sila klik atur cara.

Selamat Meraikan Ulang Tahun Ke-42 UKM.


(ewarga/bul/bil.15052012-81)

 

 

 

Sesi Latihan Pangkalan Data SciFinder [atas]

Dimaklumkan Pihak Perpustakaan dengan kerjasama Access Dunia akan mengadakan sesi latihan pangkalan data SciFinder seperti berikut:

Tarikh: 23 Mei 2012 (Rabu)
Masa  : 11.00 pg - 1.00 tengah hari
Tempat: siber@ptsl, Perpustakaan Tun Seri Lanang

Terbuka kepada ahli akademik dan semua pelajar UKM. Sila klik untuk butiran lanjut.


(ewarga/bul/bil.15052012-80)

 

 

 

Tahniah - Pelajar Tahun Akhir Program Optometri dan Sains Penglihatan [atas]

Tahniah diucapkan kepada Pelajar tahun akhir Program Optometri dan Sains Penglihatan, Cik Ow Yong Sim Ee, Cik Ooi Ting Shan dan En. Chong Teng Chou, di bawah seliaan Pn. Noor Fadhilah Ahmad Zainuri, telah berjaya mendapat anugerah poster terbaik dalam Malaysian Optometry Student Conference di Universiti Islam Antarabangsa, pada 12 Mei 2012 yang lalu. Tajuk poster adalah ‘Autistic Children in IMPIAN: How Good They Could See?’

Syabas !



(ewarga/bul/bil.15052012-79)

 

 

 

Makluman "Daegu Health College's Global Student Leadership program 2012 " [atas]

Dimaklumkan bahawa Daegu Health College Student Leadership Program 2012 menawarkan pelajar peluang untuk menyertai Program Kepimpinanan di Daegu Health College, South Korea bermula 11-21 Ogos 2012.

Semua pelajar UKM yang berminat boleh menghantar butiran peribadi (Cth: Nama, Jantina, Fakulti, Program Pengajian, Tahun Pengajian dan Nombor Telefon) kepada Pejabat Hubungan Antarabangsa (PHA) di alamat mel-e oir@ukm.my selewat-lewatnya pada 22 Mei 2012 (Selasa).

Tiket penerbangan dan tempat penginapan sepanjang program ini akan disediakan. Satu temuduga akan diadakan pada 24 Mei 2012 (Khamis) di Bilik Mesyuarat PHA, bermula jam 9 – 12 tengah hari untuk proses pemilihan.




(ewarga/bul/bil.15052012-78)

 

 

 

Program Diskusi Agama : Ada Apa Dengan Islam [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Islam UKM, Projek Penyelidikan PTS-2011-101 bersama Kumpulan Penyelidikan Keagamaan dan Pemikiran Islam UKM akan menganjurkan sebuah Program Diskusi Agama seperti berikut:

Penceramah: YBhg. Tuan Hj. Ayub Abd. Rahman ( Mantan Paderi Sarawak )
Tajuk bicara : Ada Apa Dengan Islam

Tarikh: 16 Mei 2012 ( Rabu )
Masa: 2.00 petang - 4.30 petang
Tempat: Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori

Sila klik Poster disini.

Semua Dijemput Hadir.


(ewarga/bul/bil.15052012-77)

 

 

 

Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 [atas]

Dimaklumkan Bahawa Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama:

- Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)
- Jabatan Pelajaran Negeri Negeri Sembilan (JPNS)
- Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam (JPATI), FPI, UKM
- Kumpulan Penyelidikan Kebudayaan Arab dan Peradaban Islam (KUKAPI), UKM
- Kumpulan Kajian Rantau Asia Barat (AKRAB), UKM
- Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT)
- Persatuan Bahasa Arab Malaysia (PBAM)
- Kumpulan Penyelidikan Komuniti, (KOMUNITI-2011-016), UKM
- Kumpulan Penyelidikan Tindakan/Strategi, UBA, (PTS-UKM-2010-071), UKM

 

Akan Mengadakan Persidangan seperti berikut:

Nama Persidangan: Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012

Tarikh: 19 Mei 2012 / 28 Jamadil Akhir 1433H
Tempat: Klana Beach Resort, Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari: http://www.ukm.my/uba/sebar2012/


(ewarga/bul/bil.15052012-76)

 

 

 

Penutupan Sementara Pejabat Pusat Komunikasi Korporat (PKK) [atas]

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pusat Komunkasi Korporat (PKK), UKM akan ditutup sementara pada 16 Mei 2012 (Rabu) bagi memberi laluan kepada Bengkel Pemurnian KPI PKK yang akan diadakan di Hotel Residence, UNITEN Bangi.

Mohon maaf atas kesulitan.


(ewarga/bul/bil.15052012-75)

 

 

 

Kursus AMOS [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik akan menganjurkan Kursus AMOS seperti maklumat berikut:

Tarikh: 11-12 Jun 2012
Masa: 8.30 Pagi - 5.00 Petang
Tempat: Makmal PTM, UKM

Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Latihan di www.ukm.my/espel. Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.15052012-74)

 

 

 

Kursus Pengukuran Rasch Model & Winstep [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik akan menganjurkan Kursus Pengukuran Rasch Model & Winstep seperti maklumat berikut:

Tarikh: 5 - 6 Jun 2012
Masa: 8.30 Pagi - 5.00 Petang
Tempat: Makmal PTM, UKM

Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Latihan di www.ukm.my/espel. Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.15052012-73)

 

 

 

Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Kafeteria Ala-Cina di Aras 2, Bangunan Pusanika, UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM, Bangi akan membuka Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Kafeteria Ala-Cina di Aras 2, Bangunan Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu  berikut:

Waktu Urusan :           
8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 29 Mei 2012 (Selasa), Jam 12.00 Tengah hari
Maklumat lanjut sila klik lampiran.


(ewarga/bul/bil.15052012-72)

 

 

 

Bengkel “Capacity Building For Innovation And University R&D Commercialization” Experiential Programme 2012” [atas]

Dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPI) dan Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) dengan kerjasama Stevens Institute of Technology, AS akan menganjurkan bengkel Capacity Building For Innovation And University R&D Commercialization” Experiential Programme 2012 seperti butiran berikut:

Tarikh: 3 - 8 Jun 2012
Tempat: The Westin Langkawi Resort & Spa, Langkawi

Bengkel ini TERBUKA kepada para penyelidik yang berminat untuk menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam mengkomersilkan produk-produk dari hasil penyelidikan masing-masing. Beberapa teknologi akan dijadikan kajian kes / projek sebenar bagi evolusi latihan berasaskan pasukan (start-up team). Program pembinaan kapasiti ini adalah berbentuk pendedahan kemahiran secara intensif melalui "Experiential Learning based training”.  Kumpulan pakar pengurusan teknologi dan “Serial Entrepreneur” berpengalaman luas dari Stevens Institute of Technology, New Jesrsey USA akan dijemput bagi mengendalikan latihan intensif dari penyelidikan ke pasaran.

Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran para penyelidik yang berminat untuk menyertai bengkel ini. Sila <klik> brosur program. Sebarang maklumat lanjut/pertanyaan mengenai bengkel, sila hubungi urus setia seperti berikut:

Cik Nurul Nadiah Atiqah Mohd Khair 
No. Tel: 03-8921 4821   ; emel: nadiahatiqah@ukm.my

Pn. Mastura Jamaluddin
No. Tel: 03-8921 4117 ;   emel: masj@ukm.my


(ewarga/bul/bil.14052012-71)

 

 

 

Tarikh Akhir Penerimaan Menjahit Pakaian Seragam Kakitangan UKM yang disenaraikan Bagi Bekalan Kain Tahun 2011 [atas]

Dimaklumkan bahawa tarikh akhir penerimaan menjahit pakaian seragam  kakitangan bagi bekalan kain tahun 2011 adalah pada 20 Mei 2012.  
Kebenaran ini adalah untuk kakitangan yang disenaraikan seperti di Lampiran 1 sahaja.  Sila klik untuk semakan nama dan senarai Tukang Jahit Panel yang dilantik.


(ewarga/bul/bil.14052012-70)

 

 

 

Program “UKM-SIT Capacity Building for Innovation and R&D Commercialization Experiential Workshop” [atas]

Dimaklumkan bahawa Pejabat TNCHEPI dengan kerjasama Pusat Inovasi Kolaboratif akan menganjurkan Program “UKM-SIT Capacity Building for Innovation and R&D Commercialization Experiential Workshop” seperti berikut:

Tarikh: 3-8 Jun 2012 (Ahad-Jumaat)
Tempat: The Westin Langkawi Resort & Spa Langkawi

Agenda program: seperti brosur di lampiran (sila klik)

Program ini amat bersesuaian dan bermanfaat kepada warga UKM khususnya disasarkan kepada ahli akademik seperti berikut :

  • Penyelidik yang mempunyai hasil rekacipta atau inovasi yang berpotensi untuk dikomersilkan dan ingin membina Pelan Perniagaan (Business Plan) dari rekacipta atau inovasinya;
  • Penyelidik yang ingin menimba kepakaran secara intensif dari segi pengurusan teknologi, kajian pasaran dan pembinaan Pelan Perniagaan;
  • Penyelidik yang ingin memastikan hasil penyelidkan mereka mempunyai nilai pasaran dengan menggunakan teknik “Market-driven Research” melalui sesi bimbingan secara intensif daripada sekumpulan pakar dalam bidang pengurusan teknologi dan Serial Entreprenuer dari Amerika Syarikat.

 Untuk penyertaan sila hubungi Cik Nurul Nadiah Atiqah (atiqahkhair@yahoo.com) atau Puan Mastura (masj@ukm.my) di tailan 03-89214117. 

Tempat adalah terhad.


(ewarga/bul/bil.14052012-69)

 

 

 

Tawaran Rekacipta Pelekat Kereta dan Motosikal UKM 2013 [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.14052012-68)

 

 

 

Pertandingan Mencipta Logo Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) KPT [atas]


Sila klik untuk mengetahui syarat pertandingan dan muat turun borang penyertaan.

Sila klik untuk poster.


(ewarga/bul/bil.14052012-67)

 

 

 

Wacana ATMA - Fabrik Rintangan Kedut dan Pakaian Melayu oleh Dr. Salmiah Mohd. Nor Sarjana Tamu ATMA [atas]


Tajuk: Fabrik Rintangan Kedut dan Pakaian Melayu
Oleh: Dr. Salmiah Mohd. Nor, Sarjana Tamu ATMA

Tarikh: 17 Mei 2012 / 25 J. Akhir 1433 H
Masa: 10.00 - 11.30 pagi
Tempat: Bilik Wacana ATMA

Sila klik untuk lihat poster.

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.11052012-66)

 

 

 

Piala Dekan FTSM Kali Ke-2 2012 [atas]


Tarikh: 15-16 Mei 2012
Tempat: Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat, UKM

Terdapat pertandingan robot bola sepak, aktiviti robot bola sepak kanak-kanak, pameran, dan banyak lagi. Cabutan bertuah juga menanti anda. Marilah bersama-sama datang dan lihat kehebatan mereka.
Sila klik untuk maklumat lanjut.

Semua dijemput untuk hadir.


(ewarga/bul/bil.11052012-65)

 

 

 

Tahniah - Pelajar Tahap 4 Kursus Bahasa Jepun [atas]


Tahniah diucapkan kepada Pelajar Tahap 4 Kursus Bahasa Jepun, Rafidah Binti Mohd Nordin, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik telah berjaya terpilih untuk ke Jepun di bawah Program Japan-East Asia Network of Exchange of Students and Youths (JENESYS) yang ditaja oleh Japan Foundation. Program ini akan bermula 6 Jun sehingga 18 Julai 2012 bertempat di Japan Foundation Japanese Language Institute, Kansai (Osaka).

Syabas !


(ewarga/bul/bil.11052012-64)

 

 

 

Mendeley: kini masanya untuk mencuba kaedah baru dalam penyelidikan [atas]


Mendeley ialah perisian pengurusan rujukan (bibliografi) dan turut berfungsi sebagai laman sosial ahli akademik, penyelidik dan pelajar dalam aktiviti penyelidikan, kolaborasi dan explorasi penyelidikan terkini. Pencarian, perkongsian dan penyuntingan dokumen seperti manuskrip jurnal, buku dan kertas kerja juga boleh dilakukan melalui perisian ini. Mendeley boleh diakses secara percuma dengan mendaftar atau mengaktifkan akaun facebook sedia ada. Maklumat lanjut Mendeley, sila layari http://www.mendeley.com/ 
http://www.mendeley.com/features/ 
http://www.mendeley.com/videos-tutorials/


(ewarga/bul/bil.11052012-63)

 

 

 

Iklan Jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar Dan Alumni) Universiti Utara Malaysia [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup permohonan : 30 Jun 2012


(ewarga/bul/bil.11052012-62)

 

 

 

Anugerah UKM Mobility Outbound Student ASEAN University Network – ASEAN Credit Transfer System (AUN-ACTS) [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.10052012-61)

 

 

 

Bengkel Muzik Malaysia UKM 2012 : Muzik Akustik [atas]


Pusat Kebudayaan, JPPel UKM  akan menganjurkan Bengkel Muzik Malaysia UKM 2012: Muzik Akustik pada 30 Jun - 4 Julai 2012, jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam bertempat di Panggung Seni DECTAR, UKM.
 
Sasaran peserta adalah para pelajar yang terlibat secara langsung dalam kumpulan kesenian ARTISUKMA, PMUKM, persatuan-persatuan pelajar dan kolej-kolej kediaman di UKM. Terbuka kepada semua pelajar UKM yg boleh bermain alat muzik dan meminati bidang muzik. Pelajar-pelajar dari kumpulan muzik moden, caklempong, muzik klasik, muzik asli, keroncong, orkestra cina dan pancaragam adalah sangat digalakkan.

Tempat adalah terhad kepada 20 orang sahaja. Borang pendaftaran boleh didapati di Pusat Kebudayaan, Aras 3 DECTAR.  

Pihak penganjur mengalu-alukan bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel ini, Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel, sila hubungi urus setia (Encik Mohamad Adzan Moahamad Fadzil) ditalian 03-89213105, 012-358759 atau emel: ncleadzan@ukm.my


(ewarga/bul/bil.10052012-60)

 

 

 

Makluman "GEOHAB International Training Workshop on The Ecology and Taxonomy of Benthic Marine Dinoflagellates" [atas]


Tarikh: 21-31 Mei 2012
Tempat: Pulau Tinggi/Sibu dan FST UKM
Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi, UKM
Pembiaya: UNESCO dan MOSTI, Malaysia

Maklumat lanjut sila hubungi :
Prof. Dr. Gires Usup
Pengerusi, Jawatankuasa Penganjur
Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, FST
Tel: 012-6365400 ; Faks: 89253357


(ewarga/bul/bil.10052012-59)

 

 

 

Pemakluman Program Kitar Semula di Pusat Perubatan UKM [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.10052012-58)

 

 

 

Pindaan Program Sihat (Senamseni & Senamrobik) bagi hari jumaat [atas]


Makluman kepada semua kakitangan & pelajar UKM yang berminat untuk menyertai Program Sihat (Senamseni & Senamrobik), bagi "Tempat" program pada hari jumaat (esok) akan dipindahkan ke Dewan Gemilang melibatkan tarikh-tarikh berikut :

11 Mei 2012 (Jumaat)
18 Mei 2012 (Jumaat)
25 Mei 2012 (Jumaat)
1 Jun 2012 (Jumaat)
8 Jun 2012 ( Jumaat)

Bagi program pada isnin & selasa, tempat masih kekal di stadium Pusat Sukan.


(ewarga/bul/bil.10052012-57)

 

 

 

Makluman "Climate Change in Vietnam and Regional Climate Modeling" [atas]


Dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan Sistem Perubahan Iklim Tropika (IKLIM), FST akan menganjurkan "Climate Change in Vietnam and Regional Climate Modeling"seperti berikut:

Tarikh: 14 - 15 Mei 2012 (Isnin - Selasa)
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Seminar SIswazah, Aras 1, Bangunan Pusat Pengajian Fizik Gunaan, FST

Sila klik untuk keterangan lanjut.

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.10052012-56)

 

 

 

Program Ceramah Bersempena Israk Mikraj [atas]


Tarikh: 18 Mei 2012 (Jumaat)
Masa: 12.15 tengah hari - 2.15 petang
Tempat : Dewan Kuliah 2, Kampus Kuala Lumpur

Penceramah: Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM/Penceramah Jemputan Radio IKIM
Tajuk Ceramah: Penghijrahan Wanita Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
Anjuran : Kelab Wanita UKM Gugusan Kesihatan

Semua kakitangan dan pelajar wanita dijemput hadir (Rujuk Lampiran)


(ewarga/bul/bil.10052012-55)

 

 

 

Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2012 [atas]

Selamat Hari Jururawat 2012 kepada semua jururawat yang bertugas di PPUKM yang mana Hari Jururawat akan disambut pdda 12 Mei setiap tahun di seluruh dunia . Tema pada tahun ini ialah 'Closing The Gap : From Evidence to Action'

Aktiviti yang dijalankan:

-  Seminar dan Pelancaran Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2012 Peringkat PPUKM pada 23 Mei 2012.

-  Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2012 Peringkat PPUKM pada 18 Mei 2012.

Daripada  Jabatan Pengurusan Kejururawatan, PPUKM


(ewarga/bul/bil.10052012-54)

 

 

 

Makluman Inter College Arts Festival UKM 2012 (ICAF `12) [atas]

Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar  dan Urus setia ARTISUKMA mempelawa semua warga UKM dan warga sekitar Lembah Kelang untuk hadir ke ICAF `12 yang akan diadakan pada 23 Mei hingga 26 Mei 2012, 2.00 petang 11.00 malam bertempat di Panggung Seni UKM.

Majlis Penyampaian Hadiah;
Tarikh: 26 Mei 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Seni, UKM

Saksikan persembahan menarik berkonsepkan pertandingan dalam bahasa Inggeris bagi kategori tarian, muzik (band), nasyid, teater, Dikir Barat dan seni tampak (foto dan seni lukis) dari Kolej kediaman UKM dan juga persembahan dari Kumpulan Kesenian ARTISUKMA.  Sila klik jadual.

Maklumat lanjut : hubungi Encik Aajazahmad di talian 03-89215380 / 017-9173659.

Kehadiran semua amat dialu-alukan. Masuk Percuma!


(ewarga/bul/bil.10052012-53)

 

 

 

Saksikan Dr. Fadlan Mohd Othman dalam Rancangan Helo Malaysia, TV Bernama, Astro 502, 11.00 malam 10 Mei 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Dr. Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, akan ke udara malam ini 10 Mei 2012 sebagai salah seorang panel di program HELO MALAYSIA, TV Bernama, Astro 502, jam 10.00 hingga 11.00 malam dengan tajuk: "Antara Intan dan Kaca".

Selamat menonton.

(ewarga/bul/bil.10052012-52)

 

 

 

Tahniah - Prof. Dr. Normah Mohd. Noor [atas]

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Normah Mohd. Noor, Pengarah Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) di atas pelantikan sebagai Felo Akademi Sains Malaysia (ASM).

Syabas !


(ewarga/bul/bil.10052012-51)

 

 

 

Seminar Berkala Persatuan Biologi Gunaan Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi [atas]

Dimaklumkan bahawa Seminar Berkala Persatuan Biologi Gunaan Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi bertajuk “Keberkesanan Pendekatan SRI Dalam KelestarianLingkungan Padi dan Masyarakat Tani”
akan disampaikan oleh Puan Norazimah Taharim, dari Padi Selangor pada 11 Mei 2012 pada jam 2.45 petang bertempat di Dewan Kuliah Baru 1 (DKB1), Bangunan Kedekanan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,Selangor.

Dapatkan maklumat bagaimana sistem ini dapat membantu petanimenambahkan produktiviti padi serta kaedah mesra alam yang memberikan manfaat. Sertai kami dalam seminar ini beramai-ramai. Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.10052012-50)

 

 

 

Saksikan Naib Canselor UKM dalam Siaran Rakaman TV AlSaeadah, Yemen [atas]

Sebuah rencana mengenai Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato' Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin yang mana liputan ini menyerlahkan beliau sebagai seorang pemimpin sebuah universiti terkemuka telah disiarkan di TV AlSaeadah, Yemen pada 26 April 2012. Video yang diterbitkan dalam Bahasa Arab ini boleh ditonton di URL berikut:

http://www.ukm.my/news/index.php/en/niche-area/player/80/4.html

Selamat menonton.


(ewarga/bul/bil.09052012-49)

 

 

 

Syarahan Umum "Study and Research Opportunities in Germany" [atas]

Maklumat lanjut sila klik.


(ewarga/bul/bil.09052012-48)

 

 

 

Program Pertukaran Idea Global: Kesukarelawanan Pelajar (Global Idea Exchange: Student Volunteerism) [atas]

Dimaklumkan bahawa  Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan akan mengadakan Program Pertukaran Idea Global: Kesukarelawanan Pelajar (Global Idea Exchange: Student Volunteerism) seperti berikut:

Tema:  Engaging Social Entrepreneurship Towards Sustainable Community Development

Tarikh :  14 – 19 Mei 2012
Lokasi:  University Of Melbourne & Rmit University, Australia

Anjuran:  Persatuan Mahasiswa, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan,  UKM-CESMED,  JPPEL dan  Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan.


(ewarga/bul/bil.09052012-47)

 

 

 

Tawaran Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan Mengikuti Pengajian Peringkat Sarjana dan PhD Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) KPT 2013 [atas]

Permohonan biasiswa KPT bagi kakitangan P&P yang berminat untuk melanjutkan pengajian telah dibuka. Permohonan dibuka mulai 3 Mei 2012 – 2 Jun 2012. Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara dalam talian di portal rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Maklumat lanjut sila layari https://payloan.mohe.gov.my/hlp/index.php.


(ewarga/bul/bil.09052012-46)

 

 

 

Siri Seminar IKON 4/2012 : Road To The White House: Candidates And Issues In 2012 [atas]

Penceramah:  Mr. David Yepsen  
Director  Paul Simon Public Policy Institute , Southern Illinois University ,  Carbondale, Illinois, USA

Tajuk : Road To The White House: Candidates And Issues In 2012

Tarikh:  15 Mei 2012
Masa:  9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat:  Bilik Senat, UKM
 
Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.09052012-45)

 

 

 

Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mesin Fotokopi Gerai G1, Medan Selera Pusat Teknologi Maklumat, UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM, Bangi akan membuka Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mesin Fotokopi Gerai G1, Medan Selera Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu  berikut:

Waktu Urusan :           
8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 24 Mei 2012 (Khamis), Jam 12.00 Tengah hari.

Maklumat lanjut sila klik lampiran.


(ewarga/bul/bil.09052012-44)

 

 

 

Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Gerai G2, Medan Selera Pusat Teknologi Maklumat, UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM, Bangi akan membuka Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Gerai G2, Medan Selera Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu  berikut:

Waktu Urusan :           
8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 24 Mei 2012 (Khamis), Jam 12.00 Tengah hari.

Maklumat lanjut sila klik lampiran.


(ewarga/bul/bil.09052012-43)

 

 

 

Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Gerai G3, Medan Selera Pusat Teknologi Maklumat, UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM, Bangi akan membuka Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Gerai G3, Medan Selera Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu  berikut:

Waktu Urusan :           
8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 24 Mei 2012 (Khamis), Jam 12.00 Tengah hari.

Maklumat lanjut sila klik lampiran.


(ewarga/bul/bil.09052012-42)

 

 

 

Tahniah - Prof. Dr. Salmaan Hussain Inayat Hussain [atas]

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Salmaan Hussain Inayat Hussain, Dekan Fakulti Sains Kesihatan atas lantikan sebagai Felo Akademi Sains Malaysia (ASM Fellow).  ASM adalah sebuah badan berkanun kerajaan yang ditubuhkan untuk meneruskan, menggalakkan dan meningkatkan kecemerlangan dalam bidang Sains, Kejuruteraan dan Teknologi bagi pembangunan Negara dan manfaat kepada manusia.  Felo Akademi dipilih di kalangan rakyat Malaysia berdasarkan pencapaian individu dalam bidang Sains, Kejuruteraan atau Teknologi yang dianggap sebagai merit luar biasa dan terbilang.”

Syabas !


(ewarga/bul/bil.09052012-41)

 

 

 

Geran Penyelidikan Social Rights, Social Justice and Social Policies dari German Academic Exchange Services (DAAD) [atas]

Dimaklumkan  bahawa Institut Kajian Oksidental (IKON),UKM telah menerima geran penyelidikan untuk projek yang bertajuk Social Rights, Social Justice and Social Policies dari German Academic Exchange Services (DAAD) untuk tahun 2012-2014.

Sehubungan dengan itu, IKON menawarkan peluang untuk pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana di Institut Kajian Oksidental dan program Summer School di Sidbhari, India pada 1 hingga 14 Oktober 2012, dan untuk 2 tahun berikutnya.

Bersama ini disertakan maklumat mengenai program ini(sila klik).

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Najatulmuna Hamdan di talian 03-89215839.



(ewarga/bul/bil.09052012-40)

 

 

 

Bengkel Silang Budaya Arab-Melayu-Arab: Teori dan Praktikal Dalam Bidang Pengacaraan [atas]

Tarikh: 12-13 Mei 2012
Tempat: Bilik Seminar Siswazah 1, Fakulti Pengajian Islam, UKM
Fasilitator: Dato' Mahamud Abdul (Persatuan Bahasa Arab Malaysia)

Anjuran Bersama:

  • Kumpulan Penyelidikan FRGS/1/2011/SS/UKM/03/13:  "Pembinaan Indeks Kepercayaan Komunikasi Interpersonal Silang Budaya dalam Kalangan Pelajar Asia Barat di UKM
  • Kumpulan Kebudayaan Arab dan Peradaban Islam (KUKAPI), UKM
  • Kumpulan Kajian Rantau Asia Barat (AKRAB), UKM
  • Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), UKM
  • Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM
  • Persatuan Bahasa Arab Malaysia (PBAM)


(ewarga/bul/bil.09052012-39)

 

 

 

Lawatan Akademik Aktiviti MoU Pusat Pengajian Umum-IKON-ATMA UKM - Penceramah Jemputan ke Universidad Nacional De Costa Rica [atas]



Sila klik untuk melihat poster untuk maklumat lanjut.



(ewarga/bul/bil.09052012-38)

 

 

 

Jemputan Ke Majlis Syarahan Perdana Profesor Dr. Md. Pauzi Abdullah [atas]

Dimaklumkan bahawa Syarahan Perdana Profesor Dr. Md. Pauzi Abdullah, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 1 Jun 2012 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Tajuk: Air Dalam Kehidupan Manusia: Kualiti Air Minum

Sila klik untuk melihat poster.


Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.08052012-37)

 

 

 

Ceramah & Promo Teknik Al-Baghadadi Pembelajaran Al-Quran [atas]

Tarikh: 11 Mei 2012 (Jumaat)
Masa: 10.00pagi
Tempat: Bilik Sanggar Ilmu, Perpustakaan Tun Seri Lanang. UKM

Penceramah: Ustaz Anuar (Al- Baghdadi)

Anjuran : Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan

Sila klik untuk poster.



(ewarga/bul/bil.08052012-36)

 

 

 

Bicara Ilmiah Kitab Ummah [atas]

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian al-Quran dan Sunnah, FPI akan menganjurkan Bicara Ilmiah Kitab Ummah pada 10 Mei 2012, bertempat di Dewan Kuliah Utama Pusat Pengajian Siswazah UKM, bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Sila klik untuk poster.



(ewarga/bul/bil.08052012-35)

 

 

 

Sesi Pengukuran Pakaian Seragam [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.



(ewarga/bul/bil.08052012-34)

 

 

 

Keputusan Pertandingan Snooker Tertutup PPUKM 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pertandingan Snooker Tertutup PPUKM 2012 telah diadakan pada 5 Mei 2012.  Senarai Pemenang adalah seperti berikut:

Tempat Ke Nama Pemenang Jabatan
Johan Muhammad Tarmizi Ismail Jab. Keselamatan
Naib Johan Mohd Adzha Yahaya   Jab. Radiologi
Ketiga Mohd Haris Mohd Hassan Jab. Surgeri
Keempat Mohd Azril Noordin Jab. Farmasi
Kelima Kamarolzaman Isha Jab. Perubatan Kecemasan
Keenam Mazli Mohamad Zin Jab. Radiologi
Ketujuh Khairee Zain Khalid Jab. Perubatan Kecemasan
Kelapan Mahadi Ahmad Jab. Pendidikan Perubatan
Kesembilan Muhammad Ahad Adanan Jab. Keselamatan
Kesepuluh Mohd Ramizi Raziman Jab. Radiologi

Sila klik untuk gambar sebelum pertandingan dan gambar pemenang.



(ewarga/bul/bil.08052012-33)

 

 

 

Penutupan Bilik Pemeriksaan Jabatan Pengimejan Molekul dan Nuklear [atas]

Dimaklumkan bahawa Bilik Pemeriksaan Jabatan Pengimejan Molekul dan Perubatan Nuklear PPUKM telah ditutup mulai 4 Mei 2012  hingga 30 jun 2012 disebabkan kerja-kerja penyelengaraan dijalankan. Walau bagaimanapun pengambilan temujanji berjalan seperti biasa. Sebarang permasalahan sila hubungi jabatan ini ditalian 7142.



(ewarga/bul/bil.08052012-32)

 

 

 

Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012 [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.08052012-31)

 

 

 

Kursus Asas Kaunseling [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik akan menganjurkan Kursus Asas Kaunseling bagi seperti berikut:

Tarikh: 15-17 Jun 2012 
Masa: 8.30 pagi - 10.30 malam
Tempat: Akan dimaklumkan      

Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Latihan di www.ukm.my/espel . Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.08052012-30)

 

 

 

Status Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Program Asasipintar UKM Bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 [atas]

  • Sukacita dimaklumkan bahawa status keputusan permohonan kemasukan ke Program ASASIpintar Universiti Kebangsaan Malaysia  bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf boleh disemak mulai 7  Mei 2012 (Isnin) mulai jam 12.00 tengah hari.
  • Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran program ASASIpintar UKM  dalam tempoh 7 hari bekerja iaitu pada atau sebelum  15  Mei 2012. Pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui Infoline UKM  http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran.
  • Tarikh pendaftaran pelajar baharu ke Program ASASIpintar UKM ialah pada  23 Mei 2012 hari Rabu mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. 
  • Tempat pendaftaran ialah di Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
  • Bagi kemasukan Sesi Akademik 2012-2013 (tahun pertama UKM menawarkan program ASASIpintar), semua permohonan secara atas talian dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan dan Kemasukan Pelajar (UPU) sebagai agensi penyelaras kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier.
  • Unjuran ambilan yang ditetapkan oleh UKM bagi kemasukan ke Program ASASIpintar ialah 100 tempat sahaja.
  • Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh UPU, Program ASASIpintar menerima permohonan sebanyak 5,730 permohonan dari calon Lepasan SPM/Setaraf tahun semasa iaitu calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2011.
  • Pemilihan calon yang berjaya ke Program ASASIpintar adalah tertakluk kepada memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program iaitu:

 

‘Warganegara Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred A pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut;

  • Bahasa Malaysia
  • Biologi / Fizik
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Bahasa Inggeris
  • Calon boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Akademik UKM di talian 03-8921 5336 / 5041 / 4126 atau Pusat PERMATApintar Negara di talian 03-8921 6265 / 7507.

 

Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Universiti Kebangsaan Malaysia.

 


(ewarga/bul/bil.07052012-29)

 

 

Pertandingan Menulis Abstrak & Pembentangan Poster [atas]


Dimaklumkan bahawa Sekretariat Penyelidikan Perubatan & Inovasi akan menganjurkan Minggu Penyelidikan Perubatan & Kesihatan Ke 14 dan salah satu acaranya ialah Pertandingan Menulis Abstrak & Pembentangan Poster. Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.07052012-28)

 

 

Pekeliling Pendaftar 5-2012 : Pelaksanaan Polisi Baru Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih UKM [atas]


Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil. 8/2012 bertarikh 17 April 2012 telah meluluskan pelaksanaan Polisi Baru Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih berkuatkuasa 1 April 2012.
Sila klik : Pekeliling Pendaftar 5-2012 : Polisi Baru Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih UKM.

Sekiranya terdapat sebarang masalah boleh menghubungi kami di talian 03-8921 5195/5075.


(ewarga/bul/bil.07052012-27)

 

 

Nadwah Al-Jumuah [atas]


Dimaklumkan bahawa Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, UKM menganjurkan nadwah al-jumuah seperti berikut:

Tarikh: 11 Mei 2012 ( Jumaat)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat 3, Fakulti Pengajian Islam (Jabatan Syariah)

Pembentang: Cik Hajjah Ummu Hani Hashim

Semua ahli fakulti dipersilakan hadir.


(ewarga/bul/bil.07052012-26)

 

 

Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PTM [atas]


Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online. Klik di sini untuk mengisi borang. Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.


(ewarga/bul/bil.07052012-25)

 

 

Penutupan Sementara Begonia Coffee House Puri Pujangga [atas]


Dimaklumkan bahawa Begonia Coffee House Puri Pujangga akan ditutup sementara bermula dari 7 hingga 9 Mei 2012, berikutan Persidangan AsiaEngage yang akan disertai seramai 200 orang perserta dari pelbagai negara.

Buffet Lunch dan makanan Ala-Carte di Begonia Coffe House akan beroperasi seperti biasa pada 10 Mei 2012.


(ewarga/bul/bil.04052012-24)

 

 

Sistem Papan Digital UKM mengalami gangguan Rangkaian [atas]


Dimaklumkan bahawa sistem Papan Digital (Digital Board) universiti megalami gangguan rangkaian sejak 2 Mei 2012. Proses pengemaskinian paparan pada masa ini tidak dapat dilakukan.

Sehubungan itu, bagi permohonan yang telah diluluskan untuk paparan pada tarikh kejadian gangguan ini terjadi tidak dapat dipaparkan. PTM sedang dalam usaha menyelesaikan masalah berkenaan.
Manakala versi online ( http://www.ukm.my/pkukm/digboard/#/content/slideshow/ ) beroperasi seperti biasa. Mohon maaf atas kesulitan.


(ewarga/bul/bil.04052012-23)

 

 

Majlis Perhimpunan Kakitangan Pusat Perubatan UKM Bil. 3/2012  [atas]


Dimaklumkan bahawa Majlis Perhimpunan Kakitangan Pusat Perubatan UKM Bil.  3/2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 7 Mei 2012 (Isnin)
Masa:  7.45 pagi
Tempat: Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan  Canselor Tuanku Ja’afar, PPUKM

Sehubungan itu, YBhg. Prof./Dato’/Datin/tuan/puan dan semua kakitangan di bawah pengawasan YBhg. Prof./Dato’/Datin/tuan/puan dijemput ke majlis tersebut.


(ewarga/bul/bil.04052012-22)

 

 

Taklimat Sistem Pengurusan Kualiti - Pengurusan Fail dan Rekod  [atas]


Dimaklumkan bahawa Taklimat Sistem Pengurusan Kualiti - Pengurusan Fail dan Rekod  oleh Jabatan Pendaftar  akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 7 Mei 2012 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Bilik Senat, Aras 5, UKM Bangi

Pembantu Tadbir  Kanan dan kakitangan yang menguruskan pengurusan fail di PTJ dijemput hadir. Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai.
Maklumat lanjut, sila hubungi :
Puan Che Norma Ibrahim
Bahagian Pentadbiran Am
Jabatan Pendaftar

Tel:  03-8921 4681 / 4756


(ewarga/bul/bil.04052012-21)

 

 

Iklan Kekosongan Jawatan TNC (Hal-Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Malaysia Sabah [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

Tarikh tutup iklan : 4 Jun 2012


(ewarga/bul/bil.04052012-20)

 

 

Pemeriksaan dan Rundingan Kanta Sentuh di Klinik Optometri, UKM, KKL [atas]

Dimaklumkan bahawa Klinik Optometri, UKM KKL menawarkan pemeriksaan dan rundingan kanta sentuh secara percuma. Dapatkan temujanji di talian 03-92897499/7600 atau datang sendiri Klinik Optometri, Blok F,Jalan Raja Muda Abd Aziz, 50300, Kuala Lumpur.

Waktu perkhidmatan klinik kanta sentuh :
Isnin : 2.00 - 4.30 petang
Jumaat : 9.00 pagi - 12.15 tengah hari

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.04052012-19)

 

 

Penutupan Pejabat PHI, PHUM dan YC Sempena Regional Conference on Higher Education-Community-Industry Engagement Forging Meaningful Partnership Across ASEAN & Asia pada 7 Mei 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa kakitangan di Pejabat Hubungan Industri, Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat dan Yayasan Canselor akan akan ditutup semantara sempena Regional Conference on Higher Education-Community-Industry Engagement Forging Meaningful Partnership Across ASEAN & Asia pada 7 -9 Mei 2012  di Puri Pujangga. Ketiadaan kesemua pegawai dan kakitangan adalah pada 7 Mei 2012 (Isnin) sahaja. Sehubungan itu, sekiranya terdapat perkara penting untuk dihubungi sila berhubung di talian kaunter puri pujangga 8921 3661, atau berhubung talian bimbit pegawai berkaitan.

Sebarang kesulitan mengenai perkara ini amatlah dikesali.


(ewarga/bul/bil.04052012-18)

 

 

Pelaksanaan Audit Kendiri (Sepanjang bulan Mei - Jun 2012) [atas]

Dimaklumkan bahawa Pelaksanaan Audit Kendiri MS ISO 9001:2008 SPK PPPS akan berlangsung di Bangi, PPUKM dan Kampus KL sepanjang bulan Mei - Jun 2012. Untuk maklumat dan keterangan lanjut sila hubungi talian 03-8921 4651 (En. Hanafiah Omar) atau 03-8921 5856 (En. Md. Nora).


(ewarga/bul/bil.04052012-17)

 

 

Bengkel Web 2.0 Siri 5/2012 : Web 2.0 Survey/Voting Tools [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik (PPA) akan menganjurkan bengkel tersebut seperti berikut :

Tarikh: 24 Mei 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Makmal Multimedia, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh

Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Latihan di www.ukm.my/espel . Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.04052012-16)

 

 

Audit Pensijilan Program Amalan 5S PPUKM Oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.03052012-15)

 

 

Gangguan Capaian Rangkaian UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa buat masa ini terdapat gangguan capaian rangkaian di beberapa kawasan di dalam UKM antaranya di Canselori, FPI, Bangunan PPS, IKMAS, LESTARI, JPP, Wisma Aman (Keselamatan)
Bangunan Wawasan, Bioserasi, Rumah Tumbuhan dan KITA. Pihak kami telah menerima banyak aduan dari kawasan-kawasan tersebut dan sedang berusaha mencari punca masalah bagi menyelesaikan masalah ini.

Segala kesulitan amat kami kesali.


(ewarga/bul/bil.03052012-14)

 

 

Kursus Persediaan Penulisan Syarahan Perdana [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik (PPA) akan menganjurkan Kursus Persediaan Penulisan Syarahan Perdana seperti berikut :

Tarikh: 17 Mei 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Hotel Equatorial Bangi

Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Latihan di www.ukm.my/espel . Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.03052012-13)

 

 

Mesyuarat Bersama Pegawai Penyelidik [atas]

Kepada ahli Mesyuarat Bersama Pegawai Penyelidik akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 3 Mei 2012 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM, Bangi

Ahli Mesyurat dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Surat panggilan bertarikh 17 April 2012 telah diedarkan.


(ewarga/bul/bil.03052012-12)

 

 

Pameran "Bahaya Merokok" [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan UKM, akan menganjurkan 'Pameran Bahaya Merokok' seperti berikut:

Tarikh: 1 - 31 Mei 2012
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Ruang Legar, Pusat Kesihatan,UKM, Bangi

Semua Warga UKM dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.03052012-11)

 

 

Taklimat Pengurusan Kewangan Universiti - Jabatan Bendahari [atas]

Dimaklumkan bahawa Taklimat Pengurusan Kewangan Universiti  oleh Jabatan Bendahari akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 4 Mei 2012 (Jumaat)
Masa: 2.45 Petang
Tempat: Bilik Senat, Aras 5, UKM Bangi

Semua Pegawai Tadbir, Pegawai Sains, Pegawai Perpustakaan dan Pengurus Kolej Kediaman dijemput hadir. Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai.

Maklumat lanjut, sila hubungi :
En.Kamarul Hisam Ab Ghani
Penolong Pendaftar
Jabatan Bendahari
Tel: 03-89215032 / 5148


(ewarga/bul/bil.03052012-10)

 

 

Hari Kerjaya Fakulti Sains Kesihatan 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa, Fakulti Sains Kesihatan akan mengadakan Hari Kerjaya Fakulti 2012 yang akan diadakan seperti perincian berikut:

Ceramah
Tarikh: 19 Mei 2012
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 1, UKM KL

Temuduga  Bersama Syarikat
Tarikh:  26 Mei 2012
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat :  Dewan TIBE, Aras 1 Blok E, UKM KL

Sehubungan dengan itu, semua pelajar tahun akhir FSK adalah dijemput hadir dan sijil disediakan.  Untuk sebarang pertanyaan/pengesahan kehadiran boleh menghubungi urusetia Cik Siti Nabila Omar bella@fskb.ukm.my/ 92897616 dan Encik Zulfizham Daud di izham@fskb.ukm.my/ 92897991


(ewarga/bul/bil.02052012-09)

 

 

Iklan Jawatan Kosong The Malaysian Cohort [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut. Sila klik untuk muat turun borang permohonan.


(ewarga/bul/bil.02052012-08)

 

 

Berita Takziah [atas]

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Azahar Abdullah, Pembantu Am Pejabat dari Jabatan Farmasi, PPUKM adalah suami kepada Puan Asmidar Amir Hamzah dari Jabatan maklumat Kesihatan, PPUKM telah kembali  ke rahmatullah pada 23 April 2012. Jenazah telah selamat dikebumikan di Taman Cheras Intan Bt.9, Cheras Selangor.

Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allayarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah.


(ewarga/bul/bil.02052012-07)

 

 

Saksikan Dr. Suzana Mohd. Hoesni di Wanita Hari Ini TV3 jam 12.00 tengah hari, hari ini 2 Mei 2012 [atas]

Warga UKM dialukan untuk menyaksikan Dr. Suzana Mohd. Hoesni, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, FSSK yang akan menjadi tetamu Wanita Hari Ini TV3 jam 12.00 tengah hari hari ini 2 Mei 2012, membincangkan tajuk "Buang Anak Kerana Kekasih".

Selamat menonton.


(ewarga/bul/bil.02052012-06)

 

 

Bahan World Bank [atas]

Makluman untuk warga akademik UKM.
Jika berminat pihak Perpustakaan akan memperolehinya melalui pesanan resmi dan bahan akan diletakkan di Bahagian Koleksi Doukmen Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Sila klik untuk melayari bahan world bank.


(ewarga/bul/bil.01052012-05)

 

 

Waktu Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua [atas]

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Lingkungan Kedua akan dibuka pada 7 Mei 2012 (Isnin). Waktu pembukaan adalah seperti berikut:

Isnin - Khamis:
8.30 pagi - 5.00 petang

Jumaat:
8.30 pagi - 12.15 tengah hari
2.45 petang  - 5.00 petang

Sabtu, Ahad dan cuti umum: Tutup
    

Pada peringkat awal,  perpustakaan hanya menyediakan tempat duduk di aras 2. Perpustakaan ini terletak di bangunan baru bersebelahan dengan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.


(ewarga/bul/bil.01052012-04)

 

 

Penutupan Jalan di UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa jalan masuk dan keluar ke bangunan Kedekanan Fakulti Sains Dan Teknologi dilencongkan dengan melalui jalan masuk dari Fakulti Teknologi Sains Maklumat dan Kolej Pendeta Za'ba.  Kerja-kerja pembaikan jalan di hadapan jalan utama ke bangunan Kedekanan FST sedang dijalankan bermula dari 27 April 2012 sehingga 04 Mei 2012. Segala kesulitan amat dikesali.

Sila klik untuk lihat surat.


(ewarga/bul/bil.01052012-03)

 

 

Amaran Emel Palsu “Peti mel anda Adakah Exceeded Had Penyimpanan IT ” [atas]

Waspada dengan emel palsu yang diterima bertajuk “Peti mel anda Adakah Exceeded Had Penyimpanan IT ”.

Sila abai atau hapus emel seumpama ini yang memohon pengguna membuat pengesahan maklumat melalui pautan yang diberikan seperti di bawah.  Jangan klik sebarang pautan jika diragui kesahihannya. Pentadbir Emel UKM tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi pengguna melalui e-mel.


(ewarga/bul/bil.01052012-02)

 

 

Jemputan ke SEADPRI-UKM FORUM 2012: Advancing Disaster Prevention: Climate Change, Science And Policies [atas]

Tajuk: Advancing Disaster Prevention: Climate Change, Science And Policies
Oleh: Professor Emeritus Julian Hunt, University of Cambridge

Tarikh: 14 Mei 2012 
Mas: 1.00  – 3.00 petang 
Tempat: Puri Pujangga, UKM
 
Anjuran:  SEADPRI & Majlis Profesor Negara (MPN)

Maklumat lanjut: http://www.ukm.my/seadpri/?p=822

Sila yang berminat sila faks-kan borang penyertaan kepada Urus Setia selewat-lewatnya 7 Mei 2012 (Faks No.: 03-8927 5629).

Masuk adalah percuma, tempat terhad.


(ewarga/bul/bil.01052012-01)

 

 

Gangguan Capaian Web Kampus Kuala Lumpur [atas]

Dimaklumkan bahawa gangguan capaian web Kampus Kuala Lumpur akan berlaku pada 2 Mei 2012, mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari  disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan pada server melibatkan gangguan capaian ke   SPIN, E-Village, Web FSK, Web KKL, Web PBL, Web JKM dan Web StorF.


(ewarga/bul/bil.27042012-138)

 

 

Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu [atas]

Tarikh: 15 - 16 Oktober 2012
Tempat:  Bilik Senat dan Bilik Majlis, UKM 
Anjuran: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM

Tarikh akhir penghantaran Abstrak : 15 Julai 2012 
Tarikh akhir Kertas Kerja Penuh :     15 Ogos 2012

Yuran Penyertaan (berserta dengan sijil) 
Pembentang: RM 200 
Peserta RM 100 
Pelajar: RM 50

Pertanyaan dan penghantaran abstrak:
Anuar Ahmad Bin Mohd Taqi : 0122128573 (nua8573@gmail.com)
Zukiskandar Ramli : 0122996725 (ziskandar2109@gmail.com)
Suhaini Md Noor : 0195110721 (suhaini_mdnoor@yahoo.com)


(ewarga/bul/bil.27042012-137)

 

 

Program Kesedaran Fakulti Farmasi Tahun 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Farmasi dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi (PMFFar) akan mengadakan Program  Kesedaran Fakulti Farmasi Tahun 2012 seperti berikut:

Tarikh: 28 April 2012 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat:  Aeon Wellness Pharmacy, Jusco AU2 Setiawangsa

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.27042012-136)

 

 

Tahniah - Anugerah Kategori Tesis Terbaik PhD UNESCO-IHP Malaysia 2011 [atas]

Tahniah diucapkan kepada Dr Wan Zawiah Wan Zin, Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi kerana telah berjaya mendapat tempat kedua (Anugerah Perak) Kategori Tesis Terbaik PhD 2011 (Water Resources and Hydrology) yang dianugerahkan oleh
UNESCO-IHP Malaysia sempena sambutan Hari Air Sedunia 2012. Tajuk tesis PhD beliau adalah 'Analisis Kehujanan Ekstrim di Semenanjung Malaysia' di bawah seliaan Prof. Dr. Abdul Aziz Jemain. Sila klik untuk lihat sijil penghargaan.

Syabas!


(ewarga/bul/bil.27042012-135)

 

 

Bengkel Pemantapan LRGS Projek No. 1 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan Sistem Perubahan Iklim Tropika (IKLIM) akan mengadakan Bengkel Pemantapan LRGS Projek No. 1 seperti berikut:

Tarikh : 3 Mei 2012 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Puri Pujangga, UKM

Untuk maklumat lanjut penyelidik terlibat, sila klik.


(ewarga/bul/bil.27042012-134)

 

 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 (KLIBF 2012) [atas]

Dimaklumkan bahawa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:  27 April  - 6 Mei 2012
Masa:  10.00 pagi – 5.00 petang
Tempat:  Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Sila klik untuk Surat Jawapan Penyertaan. http://www.ukm.my/library/Surat Jawapan Penyertaan.pdf

Semua ahli akademik dijemput hadir untuk membuat  pemilihan buku atau bahan media. Bahan-bahan akan ditempatkan di PTSL. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Perolehan PTSL 03-8921 5061/3601/019-341 3031 atau email jamain@ukm.my / midah@ukm.my


(ewarga/bul/bil.27042012-133)

 

 

Penundaan Tarikh Kursus Persediaan Sebelum Menduduki IELTS (Placement Test) [atas]

Dimaklumkan bahawa ‘Placement test’  bagi kursus persediaan sebelum menduduki IELTS yang akan diadakan pada 3 Mei 2012 telah ditunda ke tarikh baru seperti berikut:

Tarikh: 24 Mei 2012 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Permohonan masih dibuka dan tuan/puan bolehlah membuat permohonan melalui Sistem Pengurusan Latihan (e-SPeL) www.ukm.my/espel . Kursus akan dijalankan dua atau tiga minggu selepas tarikh Placement Test.

Sebarang pertanyaan sila hubungi BPbSM di talian 03-89214434.


(ewarga/bul/bil.27042012-132)

 

 

Pesta Pantun UKM 2012 [atas]

Pusat Kebudayaan, JPPel dan Urus setia ARTISUKMA mempelawa semua warga UKM dan warga sekitar Lembah Kelang untuk hadir ke Pesta Pantun UKM 2012 yang akan diadakan seperti berikut:
           
Peringkat Kumpulan, Suku Akhir dan Separuh Akhir;
Tarikh : 27 April hingga 29 April 2012 (Sabtu – Ahad)
Masa: Bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam
Tempat : Panggung Seni DECTAR, UKM

Peringkat Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah
Tarikh: 30 April 2012 (Isnin)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Seni DECTAR, UKM.
Pengerusi Pantun: Ahmad Fedtri Yahya (TV3)
 

Kehadiran warga UKM amat dialu-alukan. Masuk Percuma!


(ewarga/bul/bil.26042012-131)

 

 

Kelas Senamtari PPUKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Kelas Senamtari PPUKM telah bermula pada 3 April 2012 kelas senamtari  akan diadakan 2 kali seminggu iaitu setiap Selasa & Khamis bermula jam 5.30 hingga 6.30 Petang bertempat di depan ruang legar Fisioterapi, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :  Nana - 0142522635 & Shamsiah - 0122959680


(ewarga/bul/bil.26042012-130)

 

 

Pameran "The Original Paintings of Rabindranath Tagore" [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.26042012-129)

 

 

Pameran Raja Kita Seri Paduka Yang DiPertuan XII [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.26042012-128)

 

 

Iklan Kekosongan Jawatan TNC HEPA di UMK [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.26042012-127)

 

 

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012: Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia [atas]

Dimaklumkan bahawa kakitangan yang mengalami perubahan perkhidmatan pada bulan Januari hingga April 2012, seperti kenaikan pangkat, lantikan baru, lapor diri dari cuti tanpa gaji/cuti separuh gaji dan sebagainya. Pelarasan dan tunggakan gaji berdasar pekeliling berkenaan akan dibayar pada gaji bulan Mei 2012.

Sekian dimaklumkan.


(ewarga/bul/bil.25042012-126)

 

 

Kursus Persediaan Cuti Belajar (Peraturan/Penyelidikan)(SLAB) Bil. 2/2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Kursus tersebut di atas yang dirancang akan diadakan pada 16 – 21 April 2012 telah ditangguhkan kepada tarikh baru iaitu pada 25 – 30 Jun 2012. Sehubungan itu, semua kakitangan yang akan bercuti belajar dijemput menghadiri kursus tersebut. Permohonan boleh dibuat secara online melalui www.ukm.my/espel.

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-89214434 di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Jabatan Pendaftar.


(ewarga/bul/bil.25042012-125)

 

 

Pengumuman Penggunaan Nombor Talian Kecemasan (Hotline) Bahagian Keselamatan [atas]

Sebagai langkah memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelajar dan staf UKM, Bahagian Keselamatan telah mengadakan kemudahan nombor talian kecemasan tambahan yang boleh dihubungi dengan menghantar SMS. MMS dan secara lisan.  Nombor ini beroperasi 24 jam bertujuan menerima aduan dan memberI bantuan kecemasan kepada sesiapa yang memerlukan.  Nombor adalah seperti berikut:

KAMPUS BANGI                       :           013 3195449

KAMPUS KUALA LUMPUR         :           019 3058511

Untuk menghantar SMS, Taip Nama, No. Matrik atau No. Pekerja atau No. Kad Pengenalan aduan (perkara yang diadu,lokasi,masa) dan hantar ke nombor tersebut

Contoh: Amin Bin Hamzah GB 01234 Pokok Tumbang Simpang Depan KTHO 9.30 pm.


(ewarga/bul/bil.25042012-124)

 

 

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) UKM Program Pensijilan MS ISO 9001:2008 [atas]

Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Universiti kepada pelanggan dan pihak berkepentingan, Mesyuarat Majlis Inovasi Universiti Bil. 2/2010 pada 20 Disember 2010 telah bersetuju menggabungkan skop pensijilan enam (6) Pusat Tanggungjawab (PTJ) Perkhidmatan  yang telah memperoleh Pengiktirafan Pensijilan MS ISO 9001:2008. Ia juga adalah sejajar dengan kejayaan universiti menggabungkan  Pensijilan ISO Prasiswazah dan Siswazah (SPK PPPS) pada tahun 2009.

Bagi Fasa Pertama sebanyak 12 PTJ  Perkhidmatan (termasuk enam (6) PTJ yang belum memperoleh Pensijilan) dimasukkan dalam Skop Pensijilan SPKP UKM seperti berikut :

  • Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Am  (Jabatan Pendaftar)
  • Pengurusan Kewangan (Jabatan Bendahari)
  • Pengurusan Perpustakaan (Perpustakaan)
  • Pengurusan Perkhidmatan Teknologi Maklumat (PTM)
  • Pengurusan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)
  • Pengurusan Bangunan & Prasarana (JPP)
  • Pengurusan Penyelidikan (CRIM)
  • Pengurusan Penerbitan (Penerbit )
  • Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (PKKP)
  • Pengurusan Perkhidmatan Komunikasi Korporat (PKK)
  • Pengurusan Perkhidmatan Sukan (Pusat Sukan)
  • Pengurusan Pengauditan (Unit Audit Dalam)

 

Pelaksanaan SPKP UKM akan berkuatkuasa mulai 1 Mei 2012.

Kerjasama semua Warga UKM amat diharapkan untuk mengambil maklum, memahami dan mematuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) UKM. Kerjasama yang baik ini akan memastikan kejayaan UKM dalam memperoleh pengiktirafan Pensijilan ISO9001:2008 bagi skop pensijilan di atas.


(ewarga/bul/bil.25042012-123)

 

 

Sejenak Bersama UNIKEB [atas]

Dimaklumkan bahawa Koperasi UNIKEB Berhad akan mengadakan kaunter penerangan mengenai kelebihan  menjadi anggota dan perkhidmatan yang disediakan oleh UNIKEB seperti berikut:

Tarikh: 26 April 2012 (Khamis)
Masa  : 10.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Dataran Canselori, UKM

Datanglah beramai-ramai, cenderahati percuma disediakan.  


(ewarga/bul/bil.25042012-122)

 

 

Pemakluman - Penangguhan Pelaksanaan Sistem E-Panjar [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.25042012-121)

 

 

Pemeran Amfibia Dan Reptilia Sempena Hari Katak Sedunia [atas]

Dimaklumkan bahawa Pemeran Amfibia Dan Reptilia Sempena Hari Katak Sedunia (28.4.2012) akan di adakan seperti berikut:

Tarikh: 24 April - 15 Mei 2012
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Galeri Muzium Sejarah & Semulajadi, Pejabat Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM


Sila klik untuk maklumat lanjut.

Semua dipersilakan hadir.


(ewarga/bul/bil.25042012-120)

 

 

Pemakluman Program Kitar Semula Di Pusat Perubatan UKM [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.25042012-119)

 

 

Bengkel Pre-congress 'How to Write a Paper' [atas]


Dimaklumkan bahawa  bersempena dengan College of Surgeons Academy of Medicine of Malaysia, Annual Grand Meeting & Annual Scientific Meeting 2012, satu Bengkel Pre-congress 'How to Write a Paper' dengan kerjasama Editor dari British Journal of Surgery (BJS) akan diadakan, berikut adalah perincian mengenai bengkel tersebut;

Tarikh : 23 Mei 2012
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : SUKMARIA, Tingkat 3, PPUKM

atau 

Tarikh : 24 Mei 2012
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat: UIAM, Kuantan 

(Peryertaan adalah terhad kepada 30 orang peserta sahaja).

Sila Klik untuk poster dan borang penyertaan

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-9145 6208/6810.


(ewarga/bul/bil.25042012-118)

 

 

Sebutharga Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mesin Basuh Layan Diri di Kolej Ibu Zain, UKM [atas]


Dimaklumkan bahawa Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM, Bangi akan membuka Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mesin Basuh Layan Diri di Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu  berikut:

Waktu Urusan :           
8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 10 Mei 2012 (Khamis), Jam 12.00 Tengah hari.

Maklumat lanjut sila klik lampiran.


(ewarga/bul/bil.25042012-117)

 

 

Sebutharga Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mesin Basuh Layan Diri di Kolej Aminuddin Baki, UKM [atas]


Dimaklumkan bahawa Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM, Bangi akan membuka Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mesin Basuh Layan Diri di Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu  berikut:

Waktu Urusan :           
8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 10 Mei 2012 (Khamis), Jam 12.00 Tengah hari.

Maklumat lanjut sila klik lampiran.


(ewarga/bul/bil.25042012-116)

 

 

Sebutharga Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mesin Basuh Layan Diri di Kolej Rahim Kajai, UKM [atas]


Dimaklumkan bahawa Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM, Bangi akan membuka Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mesin Basuh Layan Diri di Kolej Rahim Kajai, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu  berikut:

Waktu Urusan :           
8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 10 Mei 2012 (Khamis), Jam 12.00 Tengah hari.

Maklumat lanjut sila klik lampiran.


(ewarga/bul/bil.25042012-115)

 

 

Khimat Nasihat Perundangan - Klinik Bantuan Guaman UKM (KBG) [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.



(ewarga/bul/bil.25042012-114)

 

 

Bengkel "Good Clinical Practice" Ke-16/2012 [atas]


Dimaklumkan bahawa Sekretariat Penyelidikan Perubatan & Inovasi akan menganjurkan bengkel ‘Good Clinical Practice’ Ke-16/2012  yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 11 – 13 Jun 2012(Isnin-Rabu)
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Kuliah 2, Aras Bawah, Blok Pendidikan, PPUKM, Cheras

Tarikh tutup permohonan:  31 Mei 2012(Khamis)

Sehubungan dengan itu, permohonan  daripada PPUKM hendaklah melalui Ketua jabatan masing-masing manakala permohonan daripada luar PPUKM hendaklah membayar yuran berjumlah RM650.00 ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kehadiran 100% adalah DIWAJIBKAN untuk menduduki peperiksaan dan untuk disahkan lulus sijil “Good Clinical Practice”.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Siti Asma’ Ab Aziz(03-9145 5048)/Cik Fatimah Mat Zin(03-9145 5046).

Sila klik borang permohonan.

Hanya calon yang telah dipilih oleh Ketua Jabatan sahaja perlu mengisi borang penyertaan GCP dan hanya calon yang menerima surat penyertaan daripada urusetia sahaja dianggap sebagai peserta bengkel.



(ewarga/bul/bil.24042012-113)

 

 

Pekeliling Pendaftar Bil. 4/2012 - Prosedur Pelantikan Skim Fellowship di UKM [atas]


Sila klik : Pekeliling Pendaftar Bil. 4/2012 - Prosedur Pelantikan Skim Fellowship di UKM
Sila klik : Borang Permohonan Skim Fellowship UKM



(ewarga/bul/bil.24042012-112)

 

 

Pameran Lukisan dan Jualan Amal Autisme [atas]


Dimaklumkan bahawa Makmal Pembelajaran Austisme UKM dengan kerjasama Muzium Warisan Akademik sedang mengadakan pameran lukisan dan jualan amal bagi membantu dalam menambah dana Tabung Amanah Makmal Penyelidikan dan Latihan Kanak-kanak Istimewa UKM.  Tabung Amanah ini diwujudkan bagi menampung keperluan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak istimewa di Makmal Pembelajaran Autisma UKM. 

Warga UKM adalah dijemput untuk memberikan sokongan atau derma ikhlas dengan membeli lukisan, buku atau t-shirt sempena pameran ini di samping mengetahui dengan lebih lanjut tentang Makmal Pembelajaran Austisme UKM.

Tarikh :  21 April – 18 Mei 2012
Tempat: Foyer Canselori, UKM Bangi

‘membeli sambil beramal’

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pn. Sophia:  012-3051307
Dr. Hasnah:  016-6811560
Pej. Muzium Warisan Akademik:  03-8921  3136



(ewarga/bul/bil.24042012-111)

 

 

Operasi Pemeriksaan Motosikal oleh Bahagian Keselamatan UKM bersama PDRM [atas]


Dimaklumkan bahawa Bahagian Keselamatan UKM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan Operasi Pemeriksaan Motosikal di pintu-pintu utama UKM pada 24 April 2012 (Selasa). Warga UKM dimohon memberi kerjasama dan segala kesulitan amat dikesali.



(ewarga/bul/bil.24042012-110)

 

 

Bengkel Keterampilan Diri Melalui Sukan [atas]


Dimaklumkan bahawa Pusat Sukan UKM akan menganjurkan Bengkel Keterampilan Diri Melalui Sukan seperti berikut :

Tarikh:  4  Mei 2012
Masa: 7.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: Bagan Lalang, Sepang

Pendaftaran boleh di buat melalui sistem eSPEL (http://smk.ukm.my/espel) dan borang pendaftaran yang disediakan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : 
03-8921 4192        -    Pn. Umi Kalsom Hot
03-8921 4454        -    En. Asyraf, En. Yazid, Cik Alia



(ewarga/bul/bil.24042012-109)

 

 

Bicara Ummah April 2012 : Menyulam Cinta Menuju Gerbang Perkahwinan [atas]


Dimaklumkan bahawa Pusat Islam UKM akan menganjurkan siri program Bicara Ummah bagi bulan April 2012 seperti berikut:

Penceramah: YBhg. Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Jahary al-Bantany ( Pendakwah Bebas )
Pengajian Kitab: Menyulam Cinta Menuju Gerbang Perkahwinan

Tarikh: 26 April 2012 ( Khamis )
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Masjid UKM Bangi

Sila Klik untuk poster.

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.24042012-108)

 

 

Keputusan Pemilihan APC 2012 [atas]


Dimaklumkan bahawa Panel Pembangunan Sumber Manusia dalam mesyuaratnya pada 12 April 2012 telah bersetuju memperakukan staf yang layak diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012.

Surat keputusan boleh dicetak melalui SMK Peribadi masing-masing mulai 26 April 2012 dan pembayaran hadiah prestasi sebanyak RM1000 akan dimasukkan kedalam akaun penerima pada
gaji Mei 2012.



(ewarga/bul/bil.24042012-107)

 

 

Kursus Asas First Aider & CPR [atas]


Dimaklumkan bahawa Pusat Sukan UKM akan menganjurkan Kursus Asas First Aider & CPR seperti berikut :

Tarikh: 21 - 23 Mei 2012
Masa:  8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Kompleks Kesatria, UKM

Yuran : Percuma

Pendaftaran boleh di buat melalui sistem eSPEL (http://smk.ukm.my/espel) dan borang pendaftaran yang disediakan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : 
03-8921 4192        -    Pn. Umi Kalsom Hot
03-8921 4454        -    En. Asyraf, En. Yazid, Cik Alia



(ewarga/bul/bil.24042012-106)

 

 

Bengkel Koreografi Kecergasan Senamrobik [atas]


Dimaklumkan bahawa Pusat Sukan UKM akan menganjurkan Bengkel Koreografi Kecergasan Senamrobik seperti  berikut:

Tarikh: 30 - 31 Mei 2012
Masa:  8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Kompleks Kesatria, UKM
Yuran:  Percuma

Pendaftaran boleh di buat melalui sistem eSPEL (http://smk.ukm.my/espel) dan borang pendaftaran yang disediakan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : 
03-8921 4192        -    Pn. Umi Kalsom Hot
03-8921 4454        -    En. Asyraf, En. Yazid, Cik Alia



(ewarga/bul/bil.24042012-105)

 

 

Bengkel Diet, Exercise & Recovery (DER) [atas]


Dimaklumkan bahawa Pusat Sukan UKM akan menganjurkan Bengkel Diet, Exercise & Recovery (DER) seperti berikut :

Tarikh:  11 - 12 Jun 2012
Masa:  8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat:  Kompleks Kesatria, UKM
Yuran :  Percuma

Pendaftaran boleh di buat melalui sistem eSPEL (http://smk.ukm.my/espel) dan borang pendaftaran yang disediakan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
03-8921 4192  -    Pn. Umi Kalsom Hot
03-8921 4454  -    En. Asyraf, En. Yazid, Cik Alia



(ewarga/bul/bil.24042012-104)

 

 

Sambutan Hari DNA & Majlis Penyerahan Sijil Akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005 UMBI UKM [atas]


Dimaklumkan bahawa Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) akan mengadakan Sambutan Hari DNA dan Majlis Penyerahan Sijil Akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005 seperti berikut:

Tarikh: 25 April 2012 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Lobi Utama Pusat Perubatan UKM (PPUKM)
(Majlis perasmian akan berlangsung di Dewan Auditorium PPUKM)

Majlis akan dirasmikan oleh YBhg. Profesor Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM pada pukul 2.30 petang.

Sila klik untuk iklan dan sila klik untuk brosur 1 dan brosur 2.
 
Semua dijemput hadir.

 



(ewarga/bul/bil.24042012-103)

 

 

Tahniah - Naib Canselor UKM dianugerahkan The Honorary Professor in Medical Education [atas]


Tahniah diucapkan kepada YBhg. Profesor Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM atas penerimaan Anugerah The Honorary Professor in Medical Education oleh Universitas YARSI pada majlis konvokesyen universitas berkenaan di Jakarta Indonesia pada 21 April 2012 (Sabtu). Sila klik untuk salinan ijazah kehormat dan berita bergambar.

Syabas !



(ewarga/bul/bil.23042012-102)

 

 

Peperiksaan Perkhidmatan Dan Khas Tahun 2012 [atas]


Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan Dan Khas Tahun 2012 bagi kakitangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Sokongan  UKM dan Pusat Perubatan UKM adalah seperti berikut:

Siri 1 (10 – 13 Julai 2012 ) dan Siri 2 (18 – 21 Disember 2012).

1.   Peperiksaan Perkhidmatan ( kakitangan lantikan tetap yang belum disahkan dalam perkhidmatan). Kakitangan berkenaan akan tawarkan terus melalui surat. (sila klik Jadual A).
2.   Peperiksaan Khas (kakitangan ingin memasuki skim perkhidmatan tertentu melalui urusan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan). Permohonan perlu dibuat  melalui borang permohonan. (Sila klik Borang Permohonan Peperiksaan Khas).

Tarikh tutup permohonan ialah pada atau sebelum  21 Mei 2012. (sila klik Jadual  B).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak Urus setia:
Tel: 03-89213026 ( Pn. Laili Ziana)
Emel: dirlie@ukm.my



(ewarga/bul/bil.23042012-101)

 

 

Pertandingan Snooker Tertutup PPUKM 2012 [atas]


Dimaklumkan bahawa Pertandingan Snooker Tertutup PPUKM 2012 akan diadakan pada 5 Mei 2012.

(Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 April 2012).

Kepada yang berminat, sila klik Poster Pertandingan, Borang Penyertaan dan Maklumat Pertandingan.



(ewarga/bul/bil.23042012-100)

 

 

Bengkel Penyediaan Soalan [atas]


Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik akan menganjurkan bengkel tersebut seperti berikut:

Tarikh: 8-9 Mei 2012
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Kelab Golf Danau, UKM

Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Latihan di www.ukm.my/espel.



(ewarga/bul/bil.23042012-99)

 

 

Sesi Bual Bicara Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama PKAUKM [atas]


Dimaklumkan bahawa YB Dato Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan sesi Bual Bicara bersama PKAUKM seperti berikut:
 
Tarikh: 23 April 2012 (Isnin)
Masa: 12.00 tengah hari - 2.30 petang
Tempat: Kafetaria Kolej Dato Onn, UKM

Mohon membuat pengesahan kepada: justmint007@yahoo.com atau sms  Jasmin : 012-906 3994. Jamuan makan disediakan mulai jam 12.tengah hari. Kereta boleh diletakkan di laman rumah pengetua KDO. Bagi ahli akademik dari Fakulti berdekatan, mohon berjalan kaki sahaja kerana tempat letak kereta terhad.

Semua ahli akademik UKM dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.20042012-98)

 

 

Pekeliling Klinik Panel Pusat Perubatan UKM [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.20042012-97)

 

 

Makluman "ASMEIT2012 - Annual Scientific Meeting On Emerging Infectious Threats" [atas]

Tarikh: 27- 28 April 2012

Semua warga akademik dijemput hadir dan maklumat lanjut berkaitan permohonan penyertaan boleh dicapai atas talian melalui:

http://www.msidc.org.my/msidcportal/images/documents/ASMIET-images/ASMEIT_2012.pdf   dan

http://www.msidc.org.my/msidcportal/images/documents/ASMIET-images/ASMEIT_Registration_Form.pdf


(ewarga/bul/bil.20042012-96)

 

 

Syarahan Umum "Current Issues & Challenges On Quran and Sunnah Studies" [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Islam Hadhari dengan kejasama Jabatan Al-Quran dan Al Sunnah Kumpulan Ilmu Wahyu dan Turath Islam akan mengadakan  Syarahan Umum ‘Current Issues & Challenges On Quran and Sunnah Studies’ yang akan di sampaikan oleh Prof. Dr. Abdelfattah Zinify  dari University of Hassan II, Casablanca Morocco seperti berikut :

Tarikh: 24 April 2012 / 02 Jamadilakhir 1433H (Selasa)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Penyertaan akan didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL)

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.20042012-95)

 

 

Makluman "Endeavour Scholarship Roadshow for 2012" [atas]

Untuk makluman Tuan/Puan Australian Education International (AEI), Australia High Commission Kuala Lumpur akan mengadakan kunjungan ke UKM kampus Bangi dan menyampaikan taklimat berhubung ‘Endeavour Scholarship Roadshow for 2012’.

Semua kakitangan UKM yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berhubung tawaran biasiswa tersebut dijemput hadir dalam majlis taklimat dan soal jawab yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 19 April 2012 (Khamis)
Masa: 2.30 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat PHA, Aras 2, Bangunan Canselori, UKM Bangi

Sila maklumkan kehadiran anda kepada Pejabat Hubungan Antarabangsa di talian 03-8921 5057 / 4357 atau emel kepada lyn@ukm.my.


(ewarga/bul/bil.19042012-94)

 

 

Gangguan Capaian Rangkaian di Bangunan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa pihak JPP akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan alat ubah voltan tinggi 11/0.433KV di pencawang elektrik satu(1) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina pada hari ahad, 22 April 2012 mulai jam 9.00 pagi sehingga 7.00 petang.
Sehubungan dengan itu capaian rangkaian juga dijangkakan akan terganggu sepanjang penyelenggaraan tersebut.

Segala kesulitan amat kami kesali.


(ewarga/bul/bil.19042012-93)

 

 

Penutupan Semantara Pejabat Am Institut Sel Fuel (SELFUEL) [atas]

Dimaklumkan bahawa Pejabat Am Institut Sel Fuel (SELFUEL), UKM akan ditutup sementara pada 19 April 2012 (Khamis) sempena Bengkel Penetapan Sasaran KPI bagi Kumpulan Kakitangan Bukan Akademik di Hotel Palm Garden, Putrajaya. Mohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.


(ewarga/bul/bil.19042012-92)

 

 

Tahniah - Prof. Dato' Dr. Ibrahim Komoo [atas]

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Profesor Dato' Dr. Ibrahim Komoo atas pelantikan sebagai Naib Canselor, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkuatkuasa pada 13 April 2012 hingga 12 April 2015.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.19042012-91)

 

 

Jemputan Ke Program Bicara IT: KERISIK [atas]

Semua warga UKM (staf dan Pelajar) dijemput untuk hadir ke PROGRAM BICARA IT seperti berikut:

Tajuk Bicara IT: KERISIK (Kolaborasi Perisian Sumber Terbuka Sebagai Industri Kampung)
Penceramah: Shukri Jahari (Social Entrepreneur)

Tarikh: 25 April 2012
Masa: 9.00 pagi - 12.000 tengh hari
Tempat: Bilik Sanggar Ilmu, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

Anjuran: Pusat Teknologi Maklumat dan Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM.


(ewarga/bul/bil.19042012-90)

 

 

Lawatan Susulan Penilaian Akreditasi Penuh Program ‘Doctor Of Dental Surgery’ (MQA/FA 2157) [atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Pergigian akan menghadapi lawatan susulan penilaian akreditasi penuh program ‘Doctor of Dental Surgery’ (MQA/FA 2157) pada 24 sehingga 25 April 2012 (Selasa - Rabu).

Sehubungan itu, semua warga Fakulti Pergigian dimohon bersedia dengan lawatan berkenaan.


(ewarga/bul/bil.19042012-89)

 

 

Album Majlis Sambutan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 Peringkat UKM [atas]

Sila klik : Album Majlis Sambutan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 Peringkat UKM


(ewarga/bul/bil.18042012-88)

 

 

Penutupan Sementara Pejabat Am ANGKASA [atas]

Dimaklumkan bahawa pejabat am Institut Sains Angkasa (ANGKASA), UKM akan ditutup sementara pada 18 & 19 April 2012 sempena Program Pendekatan Kualiti ANGKASA 2012 di Hotel Palm Garden, Putrajaya. Mohon maaf dia atas segala kesulitan.


(ewarga/bul/bil.18042012-87)

 

 

Tahniah  - Anugerah Tesis Terbaik Yayasan Nurul Yaqeen 2011 [atas]

Tahniah diucapkan kepada Dr. Salmy Edawati binti Yaacob, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam kerana telah memenangi Anugerah Tesis Terbaik Yayasan Nurul Yaqeen 2011 Peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Kategori Sains Sosial dan Kemanusiaan). Sila klik untuk lihat sijil penghargaan.

Syabas !


(ewarga/bul/bil.18042012-86)

 

 

Sesi Bual Bicara Pelajar PPpN Bersama TNC Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat PERMATApintar Negara, UKM akan mengadakan sesi Bual Bicara Pelajar PPpN Bersama TNC Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali seperti berikut:

Tarikh: 20 April 2012 (Jumaat)
Masa  : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks PERMATApintar Negara, UKM


(ewarga/bul/bil.18042012-85)

 

 

Seminar Keberkesanan Pendidikan Islam Dalam Pendidikan Kebangsaan [atas]

Dimaklumkan bahawa Seminar Keberkesanan Pendidikan Islam Dalam Pendidikan Kebangsaan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 19 April 2012 / 27 Jamadilawal 1433H (Khamis)
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Puri Pujangga, UKM

Anjuran: Institut Islam Hadhari, UKM
Dengan Kerjasama: Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia


(ewarga/bul/bil.18042012-84)

 

 

Iklan Jawatan Kosong Penolong Akauntan W27 [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Akauntan W27.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Farliza Zakaria di talian 03-91718459/8461.

Sila klik untuk maklumat lanjut.
Muat turun borang Permohonan Jawatan.


(ewarga/bul/bil.18042012-83)

 

 

Promosi  Keahlian Rakan Dewan, DBP [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan Promosi keahlian Rakan Dewan seperti berikut:
           
Tarikh: 24 April 2012 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dataran Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

Keistimewaan ahli Rakan Dewan:
a. Menjadi ahli Pusat Dokumentasi Melayu dan berpeluang mendapat perkhidmatan penyelidikan dan kemudahan pinjaman buku.
b. Membeli buku dan majalah terbitan DBP dengan kadar potongan sehingga 25% di kedai galeri ilmu DBP.

Aktiviti promosi ini meliputi ceramah, pameran dan jualan buku DBP. Pertandingan Baca Naskah Hikayat Anak Miskin (manuskrip jawi) juga akan diadakan pada hari tersebut dan terbuka kepada semua pelajar UKM. Hadiah menarik daripada DBP menanti anda!!

Sila klik untuk maklumat lanjut.  http://www.ukm.my/library/DBP.pdf

Semua warga UKM dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.17042012-82)

 

 

Lawatan Rombongan Delegasi daripada Universitas Negeri Makassar, Indonesia (UNM) ke Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) [atas]

Dimaklumkan bahawa lawatan rombongan delegasi daripada International Class Program of Biology, Universitas Negeri Makassar (UNM) ke INBIOSIS akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 17 April 2012 (Selasa)
Masa : 2.00 petang


(ewarga/bul/bil.16042012-81)

 

 

Makluman Keselamatan ICT - Emel Palsu [atas]


E-mel Palsu (Phishing Mail): Account Upgrade

Waspada dengan e-mel palsu yang diterima bertajuk “Account Upgrade”.Sila abai atau hapus e-mel seumpama ini yang meminta maklumat username dan password e-mel. Jangan beri sebarang maklumat peribadi anda melalui e-mel dengan mudah.

Sekiranya telah membalas e-mel tersebut dengan menyertakan password e-mel UKM, sila hubungi pentadbir e-mel untuk penukaran password baru.

(Rujuk contoh yang dilampirkan)




(ewarga/bul/bil.16042012-80)

 

 

Iklan Kekosongan Jawatan di UKM [atas]


Tarikh Buka Iklan: 16 April 2012 (Isnin)
Tarikh Tutup Iklan: 30 April 2012 (Isnin)

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(ewarga/bul/bil.16042012-79)

 

 

Naiktaraf Versi Baru Webmail UKM [atas]


Dimaklumkan bahawa server Webmail UKM akan dinaiktaraf kepada versi baru pada 21 April 2012. Dengan ini, webmail UKM dijangka tidak dapat dicapai mulai jam 9.00 pagi hingga 12 tengah hari, 21 April 2012(Sabtu).

Sehubungan itu, adalah diharapkan kepada semua pengguna agar membuat salinan(backup) e-mel bagi folder yang diperlukan dan juga Address Book bagi mengelak sebarang masalah yang berlaku pada masa akan datang.

Sila klik disini untuk panduan membuat salinan(backup) Address Book.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.



(ewarga/bul/bil.16042012-78)

 

 

Siri Wacana Hadhari 3/2012 "Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam: Kerangka Perundangan di Malaysia" [atas]


Dimaklumkan bahawa Siri Wacana Hadhari 3/2012 "Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam: Kerangka Perundangan di Malaysia" akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 23 April 2012 / 01 Jamadilakhir 1433H (Isnin)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Disampaikan oleh:
YBhg. Prof. Madya Dr. Jasri Jamal


Felo Kanan Bersekutu Institut Islam Hadhari, UKM

Sila klik untuk poster dan sila klik untuk atur cara. Penyertaan akan didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL).

Semua dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.16042012-77)

 

 

Album Majlis Anugerah Inovasi UKM ke-7 [atas]


Album Majlis Anugerah Inovasi UKM Ke-7 boleh dilayari di alamat berikut, sila klik.

Tahniah kepada pemenang-pemenang semoga dengan kejayaan ini akan memberikan semangat baru untuk kejayaan yang lebih dibesar dimasa akan datang.


(ewarga/bul/bil.16042012-76)

 

 

Majlis Pelancaran Dokumen Utama Semakan 01 dan Penyerahan Tugas Uru setia SPK PPPS MS ISO 9001:2008 [atas]


Dimaklumkan bahawa Majlis Pelancaran Dokumen Utama Semakan 01 dan Penyerahan Tugas Urusetia  SPK PPPS MS ISO 9001:2008 daripada Pusat Pembangunan Akademik (PPA) kepada Pusat Jaminan Kualiti (PJK) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 25 April 2012 (Rabu)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Senat, UKM

Semua Dekan dan Pengarah Institut dijemput hadir.


(ewarga/bul/bil.16042012-75)

 

 

Penutupan Sementara Pejabat Pentadbiran Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik (IMEN) [atas]


Dimaklumkan bahawa Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik(IMEN) akan ditutup semantara disebabkan IMEN ada bengkel KPI staf di Hotel New York, Johor pada 16 (mulai jam 2 petang) hingga 18 April 2012 dan 19 April 2012 di Hotel Palm Garden, Putrajaya.

 

(ewarga/bul/bil.16042012-74)

 

 

Notis Gangguan Bekalan Air 16 April 2012 [atas]


Dimaklumkan bahawa gangguan bekalan air dijangka berlaku melibatkan bangunan berikut:

Kolej Dato’ Onn
Kolej Tun Hussein Onn
Puri Pujangga
Danau
Stadium UKM
Kolej Ibu Zain
Pusat Pengurusan Siswazah dan sekitarnya
Kolej Keris Mas
Kuarters Kakitangan Bukit Puteri
Unit Kenderaan
PALAPES

Gangguan bekalan air adalah disebabkan penutup paip bagi kerja-kerja pembaikan paip pecah yang berlaku di Kolej Dato’ Onn sejak dari jam 6.00 pagi tadi. Bekalan dijangka pulih seperti sediakala menjelang tengah hari ini.
Segala kesulitan amatlah kami kesali.

 

(ewarga/bul/bil.16042012-73)

 

 

Program Kitar Semula PPUKM [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.13042012-72)

 

 

Kursus Umrah Percuma anjuran Koperasi UNIKEB Berhad [atas]

Dimaklumkan bahawa Kursus Umrah Percuma anjuran Koperasi UNIKEB Berhad akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 28 April 2012 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Bilik Seminar, Wisma UNIKEB, UKM Bangi Selangor
           
Daftar segera melalui talian 03-89214039.

Tempat terhad.


(ewarga/bul/bil.13042012-71)

 

 

Saksikan Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Bin Jamaluddin jam 5.00 petang ini, 12 April 2012 di Astro Awani [atas]

Warga UKM dialukan untuk menyaksikan Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Bin Jamaluddin, Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam FST jam 5.00 petang ini, 12 April 2012 di Astro Awani dalam Rancangan Analisis Awani. Tajuk yang akan dibincangkan ialah "Persediaan menghadapi Tsunami".

Selamat menonton.


 

(ewarga/bul/bil.12042012-70)

 

 

Sesi Latihan Derwent Innovations Index [atas]

Dimaklumkan Pihak Perpustakaan dengan kerjasama Thomson Reuters akan mengadakan sesi latihan Derwent Innovations Index (enjin carian paten) seperti berikut:

Tarikh: 17 April 2012 (Selasa)
Masa  : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: siber@ptsl, Perpustakaan Tun Seri Lanang

Sila klik untuk maklumat lanjut mengenai Derwent Innovations Index

Terbuka kepada ahli akademik dan semua pelajar UKM.
 

(ewarga/bul/bil.12042012-69)

 

 

Forum IKMAS:  “The Malaysian Agricultural Transition: Looking to the Future” [atas]

Tajuk : The Malaysian Agricultural Transition: Looking to the Future

Tarikh: 19 April 2012
Masa: 2:30 – 4:30 petang
Tempat: Bilik Seminar IKMAS, UKM


Untuk maklumat lanjut dan jawapan kehadiran, sila ke http://www.ukm.my/ikmas/pdf/forum_cb2012.pdf
 

(ewarga/bul/bil.12042012-68)

 

 

Kursus Asas Nvivo Siri 1 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik akan menganjurkan kursus tersebut seperti berikut:

Tarikh: 23-24 April 2012
Masa: 8.30 pagi- 5.00 petang 
Tempat: Makmal Komputer PTM
        
Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Latihan di www.ukm.my/espel .

(ewarga/bul/bil.12042012-67)

 

 

Bengkel Kesedaran Hak Harta Intelek Untuk Kumpulan Penyelidik Sains Sosial & Teknologi Maklumat [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) UKM akan menganjurkan sebuah bengkel bagi kumpulan penyelidik sains sosial dan teknologi maklumat seperti berikut:

Tajuk: Bengkel Kesedaran Hak Harta Intelek Untuk Kumpulan Penyelidik Sains Sosial & Teknologi Maklumat

Tarikh: 24 April 2012 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Bengkel 3, Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM), UKM
         
Permohonan kursus boleh dibuat dengan menghubungi;
En. Mohd Syukri Ismail              
Tel: 8921 4117                      
Emel: syuk87@ukm.my          

Cik Alizawaty Athari
Tel : 8921 4115
Emel: suinovasi@ukm

Sila klik untuk lihat tentatif program.  

(ewarga/bul/bil.12042012-66)

 

 

Makluman "1st National Workshop On Advanced Management Of Marine Animal & Snake Envenomation In Malaysia" [atas]

Sila klik brosur untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.12042012-65)

 

 

Siri Seminar IKON 3/2012: Perspectives on Current Development in Latin America [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Kajian Oksidental (IKON),UKM akan mengadakan Siri Seminar IKON 3/2012 seperti berikut:

Tajuk: Perspectives on Current Development in Latin America
Penceramah: H.E. Jorge Alberto Lozoya, Ambassador of Mexico to Malaysia

Tarikh: 17 April 2012 (Selasa)
Masa: 10.00 - 11.45 pagi
Tempat: Bilik Majlis, UKM

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.12042012-64)

 

 

Bengkel Google Docs Untuk Penyelidik [atas]

Dimaklumkan bahawa Jawatakuasa Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Umum akan mengadakan bengkel seperti berikut:

Tajuk : Google Docs Untuk Penyelidik

Tarikh: 19 April 2012
Masa: 9.00 -11.00 pagi (Khamis)
Tempat: Makmal USICT, FKAB

Untuk maklumat lanjut, sila ke url http://goo.gl/lG3PX
Untuk daftar, sila ke url http://goo.gl/kZBd8 (tempat adalah terhad)

 

(ewarga/bul/bil.10042012-63)

 

 

Bengkel Amalan Terbaik Siri 2: Pembangugunan Sumber Manusia dalam bidang Tenaga Nuklear [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik akan menganjurkan kursus tersebut bagi kakitangan akademik seperti berikut:

Tajuk: Bengkel Amalan Terbaik Siri 2: Pembangugunan Sumber Manusia dalam bidang Tenaga Nuklear

Tarikh: 10 Mei 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi- 1.00 petang 
Tempat: Kayangan Ballroom, Kelab Golf Danau 
         
Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Latihan di www.ukm.my/espel .Sila klik untuk lihat atur cara.  

(ewarga/bul/bil.10042012-62)

 

 

Sejenak Bersama UNIKEB [atas]

Dimaklumkan bahawa Koperasi UNIKEB Berhad akan mengadakan kaunter penerangan mengenai kelebihan  menjadi anggota dan perkhidmatan yang disediakan oleh UNIKEB seperti berikut:

Tarikh: 12 April 2012 (Khamis)
Masa  : 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat: Di perkarangan Wisma Aman,UKM

Datanglah beramai-ramai, cenderahati percuma disediakan.  

(ewarga/bul/bil.10042012-61)

 

 

Perubahan Tempat Program Sihat - Senamrobik & Senamseni [atas]

Dimaklumkan bahawa perubahan tempat bagi Program Sihat - Senamrobik & Senamseni seperti berikut:

Tarikh : 13, 16, 17, 20 April 2012
Masa: 5.30 petang
Tempat : Dataran Dewan Gemilang UKM

Bermula pada 23 April 2012, Program akan dijalankan seperti biasa iaitu di Stadium UKM.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

03-89214192 (Pn Umi Kalsom Hot)
03-89214454 (En Aysraf, En Yazid, Cik Alia)

(ewarga/bul/bil.10042012-60)

 

 

Makluman "Dinner Talk-Cum-Seminar" [atas]

Tajuk: The Road to the White House: American and Malaysian Perspectives on the 2012 U.S. Presidential Election

Tarikh: 18 April 2012 (Rabu)
Masa: 7:30 – 10:00 malam
Tempat: Rumah Universiti, University Malaya, Kuala Lumpur


Untuk maklumat lanjut dan jawapan kehadiran, sila ke http://www.ukm.my/ikmas/pdf/seminar_dtcs2012.pdf
 

(ewarga/bul/bil.10042012-59)

 

 

Laluan Alternatif di Masjid waktu Puncak [atas]

Bagi melancarkan aliran lalulintas pada waktu puncak bermula jam 4.30 hingga 5.30 petang, laluan alternatif di Masjid akan dibuka untuk keluar ke Bangi sahaja berkuatkuasa pada 16 April 2012.
Sila patuhi arahan lalulintas yang dikeluarkan.

(ewarga/bul/bil.10042012-58)

 

 

Perjumpaan Pensyarah Perubatan Dan Pegawai Perubatan Bersama Timbalan Dekan Pembangunan Dan Sumber Manusia [atas]

Dimaklumkan bahawa perjumpaan Pensyarah Perubatan Dan Pegawai Perubatan Bersama Timbalan Dekan Pembangunan Dan Sumber Manusia adalah dipercepatkan dari 2.30 petang ke jam 10.30 pagi pada hari Khamis 12 April 2012. bertempat di Auditorium PPUKM. Hasil perjumpaan akan dibawa ke perjumpaan dengan JPA.

(ewarga/bul/bil.10042012-57)

 

 

Ceramah Umum : Understanding Sexual Needs of People with Disability [atas]

Dimaklumkan bahawa Program Terapi Carakerja, Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan akan mengadakan ceramah umum seperti berikut:

Penceramah: Prof. Dr. Matthew Yau, James Cook University

Tajuk: Understanding Sexual Needs of People with Disability

Tarikh: 23 April 2012 (Isnin)
Masa: 10.00  pagi  – 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat PPSR, Tingkat 5, Bangunan Yayasan Selangor, Jln Raja Muda Abd. Aziz, 50300 Kuala Lumpur

Semua warga UKM dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.10042012-56)

 

 

Pameran Khas Sempena Pameran Pintu Gerbang Anjuran Jabatan Muzium Malaysia [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.10042012-55)

 

 

Buku "Air Mata Raja" oleh Kumpulan Rajamenangis [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.10042012-54)

 

 

Pekeliling Pendaftar 3/2012 : Pengambilalihan Urusan Mel Kampus oleh Pos Malaysia Berhad [atas]

Sila klik : Pekeliling Pendaftar 3/2012 : Pengambilalihan Urusan Mel Kampus oleh Pos Malaysia Berhad

(ewarga/bul/bil.09042012-53)

 

 

Amaran Emel Palsu Berkenaan Webmail [atas]

Waspada dengan emel palsu yang diterima bertajuk “Kepada Pengguna Webmail”. Sila abai atau hapus emel seumpama ini yang memohon pengguna membuat pengesahan akaun emel melalui pautan yang diberikan. Pentadbir Emel UKM tidak pernah membuat sebarang pemakluman pengesahan akaun emel seperti yang dinyatakan dalam emel berkenaan. (Rujuk Lampiran)

(ewarga/bul/bil.09042012-52)

 

 

Sebutharga Mesin Basuh Layan Diri Kolej Keris Mas [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM, Bangi akan membuka Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mesin Basuh Layan Diri di Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu  berikut:

Waktu Urusan :           
8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 24 April 2012 (Selasa), Jam 12.00 Tengah hari.

Maklumat lanjut sila klik lampiran.

 

(ewarga/bul/bil.09042012-51)

 

 

Sebutharga Mesin Basuh Layan Diri Kolej Tun Hussein Onn [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM, Bangi akan membuka Sebutharga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mesin Basuh Layan Diri di Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu  berikut:

Waktu Urusan :           
8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 24 April 2012 (Selasa), Jam 12.00 Tengah hari.

Maklumat lanjut sila klik lampiran.

(ewarga/bul/bil.09042012-50)

 

 

Majlis Sambutan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 Peringkat UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 Peringkat UKM akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 16 April 2012 (Isnin)
Masa: 2.00 - 5.00 petang
Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM

Dirasmikan oleh: YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Sila klik untuk melihat poster.

Seluruh warga UKM adalah dijemput untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

(ewarga/bul/bil.09042012-49)

 

 

Tarikh Akhir Penghantaran Kain Pakaian Seragam Kakitangan untuk dijahit Bagi Bekalan Kain Tahun 2011 [atas]

Dimaklumkan bahawa tarikh akhir penghantaran kain pakaian seragam untuk dijahit bagi bekalan tahun 2011 adalah pada 30 April 2012.  Sila rujuk senarai panel tukang jahit yang dilantik.

(ewarga/bul/bil.09042012-48)

 

 

Pelawaan menyertai Wenhui Award for Educational Innovation 2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa UNESCO Bangkok telah mempelawa UKM bagi menyertai Wenhui Award for Educational Innovation 2012. Anugerah Wenhui bertujuan untuk mengiktiraf individu atau institusi yang mempunyai sumbangan yang ketara kepada pembangunan inovasi pendidikan di rantau Asia dan Pasifik. Anugerah ini akan diberikan kepada individu atau institusi yang masing-masing akan menerima Sijil Kecemerlangan dan wang hadiah US$ 20,000 di Persidangan Antarabangsa Inovasi Pendidikan Hangzhou, China.

Tema Anugerah Wenhui pada tahun 2012 ialah Inovasi dalam Pendidikan untuk Memampan Pembangunan, ia memberi tumpuan kepada inovasi dalam pendidikan yang telah membawa kepada perubahan ketara dalam nilai-nilai pemikiran, tingkah laku dan amalan selaras dengan konsep dan prinsip-prinsip Pendidikan untuk Pembangunan Lestari.

Untuk maklumat lanjut sila klik lampiran berikut:

  • Maklumat Wenhui Award for Educational Innovation 2012 <sila klik>
  • Wenhui Award brochure 2012 <sila klik>
  • Borang Permohonan <sila klik>

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Encik Mazalan Nordin 03-8921 4056 atau Encik Barudin Baharin 03-8921 4757. Borang permohonan berserta bahan sokongan (seperti yang diminta) yang telah lengkap hendaklah di hantar ke Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan sebaik-baiknya sebelum atau pada  4 Mei 2012 (Jumaat).

(ewarga/bul/bil.09042012-47)

 

 

Makluman "EU Centre-RSIS Summer Programme - The European Union in Asia – Reflections on European Integration, Institutions and Influence” [atas]

Dimaklumkan bahawa pihak European Union EU dan The S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS),Nanyang Technological University, Singapore akan menganjur kan EU Centre-RSIS Summer Programme “The European Union in Asia – Reflections on European Integration, Institutions and Influence”  pada   4 – 30 Jun 2012. Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.09042012-46)

 

 

Seminar "The European Union’s Myanmar Sanction Dilemma: Is the Tide Really Turning?” [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Kajian Oksidental (IKON),UKM dan The School Of Politics, History And International Relations, The University Of Nottingham Malaysia Campus akan mengadakan Seminar onThe European Union’s Myanmar Sanction Dilemma: Is the Tide Really Turning? seperti berikut:

Penceramah: Dr. Daniel Novotný
            Metropolitan University Prague, The Czech Republic

Tarikh: 13 April 2012
Masa: 4.00 - 5.45 petang
Tempat: The University of Nottingham, Kuala Lumpur

(ewarga/bul/bil.09042012-45)

 

 

Bengkel Keterampilan Diri Melalui Sukan [atas]

Dimaklumkan  bahawa Pusat Sukan UKM akan menganjurkan Bengkel Keterampilan Diri Melalui Sukan seperti berikut :

Tarikh: 4 Mei 2012
Masa: 7.00 pagi – 6.00 petang
Tempat:  Bagan Lalang, Sepang

Pendaftaran boleh dibuat melalui sistem eSPEL (http://smk.ukm.my/espel).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian :

03-8921 4192   -    Pn. Umi Kalsom Hot
03-8921 4454   -    En. Asyraf, En. Yazid, Cik Alia

(ewarga/bul/bil.09042012-44)

 

 

Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PTM [atas]

Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online. Klik di sini untuk mengisi borang. Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.

(ewarga/bul/bil.09042012-43)

 

 

Dialog Nasional Pendidikan Negara [atas]

Dimaklumkan bahawa Dialog Nasional pendidikan Negara akan berlangsung pada butiran seperti berikut:

Tarikh: 9 April 2012
Masa: 7.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul razak (DECTAR)

Tetamu Kehormat: YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin

Warga UKM digalakkan untuk datang awal dan tidak menggunakan pintu masuk utama bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas.

(ewarga/bul/bil.06042012-42)

 

 

Felo Pelawat di Institut Kajian Oksidental (IKON) [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Kajian Oksidental (IKON),UKM akan menerima felo pelawat seperti berikut:

Nama : Dr. Daniel Novotny
           Metropolitan University Prague (MUP)

Tarikh : 9 - 13 April 2012

(ewarga/bul/bil.06042012-41)

 

 

Alamat Pusat Kepimpinan Wanita [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Kepimpinan Wanita, Universiti Kebangsaan Malaysia boleh dihubungi di alamat seperti berikut :

Pusat Kepimpinan Wanita
Aras 1, Bangunan Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Tel: 03-89214795

(ewarga/bul/bil.06042012-40)

 

 

Program Vaksinasi Anjuran Fakulti Farmasi Dan Glaxosmithkline Pharmaceutical Sdn. Bhd. [atas]

Dimaklumkan bahawa Fakulti Farmasi dan GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn. Bhd. dengan kerjasama HEJIM Fakulti Sains Kesihatan dan HEJIM Fakulti Pergigian akan menganjurkan Program Vaksinasi pada 25 April 2012.

Untuk makluman, kami juga akan mengadakan penyaringan Antibodi Hepatitis A dan B pada 18 April 2012.
Program ini terbuka kepada Warga UKM yang berminat untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Sila klik untuk lihat poster dan maklumat lanjut program.

(ewarga/bul/bil.06042012-39)

 

 

Pengauditan Penyata Kewangan Pusat Perubatan UKM Bagi Tahun Berakhir  31 Disember 2011 [atas]

Dimaklumkan bahawa wakil Juruaudit Luar dari Agensi Khairuddin Hasyudeen & Razi akan melaksanakan Auditan Penyata Kewangan Pusat Perubatan UKM Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2011 bermula 3 April - 20 April 2012.

Sehubungan dengan itu, diharap semua Pusat Tanggungjawab dapat memberikan kerjasama sekiranya diperlukan semasa pengauditan tersebut.

(ewarga/bul/bil.05042012-38)

 

 

Sebutharga 05/2012 Menguruskan Perkhidmatan Kafeteria Kolej Tun Hussein Onn [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Penjanaan, Jabatan Bendahari, UKM, Bangi akan membuka Sebutharga Sewa Ruangniaga Bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Kafeteria Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu  berikut:

Waktu Urusan :          
8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 24hb April 2012 (Selasa), Jam 12.00 Tengah hari.

Maklumat lanjut sila klik lampiran.


(ewarga/bul/bil.05042012-37)

 

 

Gangguan Capaian Ke Pangkalan Data Sistem Maklumat Universiti [atas]

Dimaklumkan bahawa pangkalan data utama Sistem Maklumat Universiti (SMU) TIDAK BOLEH DICAPAI mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang, 7 April 2012 (Sabtu) untuk kerja-kerja menaiktaraf sistem storan pangkalan data utama. Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

(ewarga/bul/bil.05042012-36)

 

 

Majlis Anugerah Inovasi Ke-7 UKM : Pentas Kemilau Bestari UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Inovasi Ke-7 UKM akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 13 April 2012 (Jumaat)
Masa Pendaftaran: 7.45 malam (untuk penerima Anugerah) & Para Jemputan
Tempat: Puri Pujangga, UKM

Tema : Inovasi UKM Mendampak Kesejahteraan Negara

Pakaian: Baju Melayu Lengkap (Lelaki) / Baju Kurung (Wanita)
(warna tema: Bebas)

Sila klik senarai pemenang. Semua pemenang sama ada pemenang utama, saguhati dan sijil penghargaan adalah dengan hormatnya dijemput hadir ke majlis tersebut. Surat jemputan rasmi akan menyusul kemudian. Bagi pemenang berkumpulan, ketua kumpulan boleh membawa dua (2) orang lagi ahli kumpulan untuk hadir bersama.
Sukacita dapat mengesahkan kehadiran kepada En. Mazalan Nordin (no. samb: 4056) atau En. Barudin Baharin (no. samb: 4757) sebaik-baik sebelum 10 April 2012.

Tahniah kepada semua pemenang.

(ewarga/bul/bil.05042012-35)

 

 

Sebutharga Perkhidmatan Pengangkutan Sewaan Bas Dari Kolej Pendeta Zaaba ke Pusat PERMATApintar Negara [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat PERMATApintar negara, UKM akan membuka Sebutharga Perkhidmatan Pengangkutan Sewaan Bas Dari kolej Pendeta Zaaba ke Pusat PERMATApintar Negara. Dokumen sebutharga dijual di kaunter Penerimaan pada waktu berikut:

Waktu Urusan :
8.00 Pagi – 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
8.00 Pagi – 11.30 Pagi & 3.00 Petang – 4.30 Petang (Jumaat)

Tarikh tutup tawaran ialah 12 April 2012 (Khamis), Jam 12.00 Tengah hari.

(ewarga/bul/bil.05042012-34)

 

 

Syarahan Perdana Profesor Dr. Idris Zakaria [atas]

Dimaklumkan bahawa  Syarahan Perdana Profesor Dr. Idris Zakaria dari Jabatan Usuluddin dan Falsafah, FPI akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 13 April 2012 / Jumaat
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Tajuk : Falsafah Politik Islam dan Kepentingannya di Malaysia

Sila klik untuk poster.

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.05042012-33)

 

 

Saksikan Wawancara Bersama Dr. Chang Peng Kee (PPMK) di NTV7 Jam 11.30 Malam, 5 April 2012 [atas]

Warga UKM dialukan untuk menyaksikan rancangan Zoom In di NTV7 pada jam 11.30 malam yang mana menampilkan program dokumentari mengenai isu pro dan kontra dalam penggunaan Internet di kalangan remaja. Program bersiaran selama 30 minit berkongsi pendapat daripada Dr. Chang Peng Kee dari Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK UKM.

Selamat menonton.

(ewarga/bul/bil.05042012-32)

 

 

Sesi Latihan Pangkalan Data IEEEXplore [atas]

Dimaklumkan Pihak Perpustakaan dengan kerjasama United Technology Sdn Bhd akan mengadakan sesi latihan pangkalan data IEEEXplore seperti berikut:

Tarikh: 10 April 2012 (Selasa)
Masa  : 11.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: siber@ptsl, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

Sila klik untuk butiran lanjut.

Terbuka kepada ahli akademik dan semua pelajar UKM.

(ewarga/bul/bil.05042012-31)

 

 

Makluman "3rd Dato' Ismail Awang Forestry Forum" [atas]

Dimaklumkan bahawa Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM akan menganjurkan 3rd Dato' Ismail Awang Forestry Forum seperti berikut:

Tarikh: 19 April 2012
Masa: 8.30 pagi - 1.15 petang
Tempat: Dewan Kuliah 1, Pusat Pengurusan Siswazah, UKM

Klik disini untuk muatnaik brosur forum. sebarang penyertaan, bolehlah mengemukakan borang pendaftaran/jawapan ini dan faks kepada 03-89255104. Tel: 0389214149.

Semua dipersilakan hadir.

(ewarga/bul/bil.05042012-30)

 

 

Bengkel Penerangan Inovasi Penyelidikan [atas]

Dimaklumkan bahawa  Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan akan menganjurkan Bengkel Penerangan Inovasi Penyelidikan seperti berikut:

Tarikh : 10 April 2012 (Selasa)
Masa : 2.30 - 5.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat FSSK UKM

Sila klik untuk poster.

(ewarga/bul/bil.05042012-29)

 

 

Seminar Pengurusan Kes Keganasan Rumahtangga [atas]

Dimaklumkan bahawa Seminar Pengurusan Kes Keganasan Rumahtangga akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 10 - 11 Mei 2012
Tempat : Dewan Kuliah 1, Blok Pendidikan, Pusat Perubatan Canselor Tuanku Ja'afar , PPUKM

Anjuran: Jabatan Kerja sosial Perubatan, PPUKM

Sila klik untuk muat turun brosur dan sila klik untuk muat turun atur cara program.

(ewarga/bul/bil.05042012-28)

 

 

Program Mobiliti Erasmus University Rotterdam [atas]

Dimaklumkan bahawa Program Mobiliti Erasmus University Rotterdam ke UKM diadakan seperti berikut:

Tarikh: 2 - 9 April 2012
Tempat : Fakulti Undang-Undang, UKM

(ewarga/bul/bil.05042012-27)

 

 

Bual Bicara bersama YDP PKAUKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Persatuan Kakitangan Akademik Unversiti Kebangsaan Malaysia (PKAUKM) dengan kerjasama Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Kebajikan Sosial, Pusat Pengajian Umum (PPU) akan mengadakan Bual Bicara bersama YDP PKAUKM seperti berikut:

Tajuk: Autonomi Universiti Penyelidikan: Isu Kecemerlangan & Kebajikan Warga Akademik UKM

Tarikh: 9  April 2012 (Isnin)
Masa: 9.00 - 11.00 pagi      
Tempat: Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM

Pengesahan kehadiran boleh dibuat dengan menghubungi Jasmin Kaur melalui  emel  justmint007@yahoo.com atau 012-9063994. Kesudian Y.Bhg. Prof Dato’ Dr/Datuk/Datin/Prof Madya /Dr/ Tuan/Puan ke majlis kami sangat-sangat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Mohon pensyarah DS45 yang masih belum menghantar ringkasan CV kepada PKAUKM boleh membawa ringkasan CV bersama semasa majlis ini.  Ringkasan CV hendaklah mengandungi tarikh perlantikan ke jawatan, tarikh sah jawatan, jumlah penyelidikan sejak menjadi pensyarah (sama ada sebagai ahli atau Ketua projek), jumlah kursus yang telah dikendalikan, jumlah pelajar yang telah diselia di peringkat Sarjana dan jumlah penerbitan yang ada.

(ewarga/bul/bil.04042012-26)

 

 

Pembentangan Kertas Kerja dalam Multaqa Thaqafi Bil.2/2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam akan mengadakan siri wacana bulanan yang dikenali sebagai "Multaqa Thaqafi" seperti berikut: 

Tarikh: 6 April 2012 (Jumaat)
Masa: 10.30 Pagi
Tempat : Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Paras 3, Bangunan Fakulti Pengajian Islam, UKM

Pembentang: Encik Mohd Zamery Abdul Razak, Asian Finance Bank

Tajuk: Peranan NGO Malayisa dalam Pembangunan Minoriti Muslim Kemboja

Sila klik untuk surat.

(ewarga/bul/bil.04042012-25)

 

 

Perjumpaan Pelajar Antarabangsa [atas]

Dimaklumkan bahawa Perjumpaan Pelajar Antarabangsa akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 9 April 2012 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Auditorium Siswa, PUSANIKA UKM

Tajuk: Visa and Student Pass

(ewarga/bul/bil.04042012-24)

 

 

Nadwah Al-Jumuah : Pengalaman Dalam Mempelajari & Mengajar Bahasa Arab [atas]

Dimaklumkan bahawa Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, UKM akan  menganjurkan nadwah al-jumuah seperti berikut:

Tarikh: 6 April 2012 (Jumaat)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Singgahan Ilmu, Tingkat Bawah, Fakulti Pengajian Islam

Penyampai : Dr. Abd al-Wadoud Mustafa el-Soudi, Pensyarah Jabatan Syariah,  Fakulti Pengajian Islam

Tajuk: Pengalaman Dalam Mempelajari & Mengajar Bahasa Arab

Semua ahli akademik dan pelajar dipersilakan hadir.

(ewarga/bul/bil.04042012-23)

 

 

Pengendalian Informasi Terkini Jabatan-Jabatan di PPUKM [atas]


Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.04042012-22)

 

 

Penutupan Sementara Bahagian Koleksi Asia  Tenggara Dan Dokumen, Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan di Bahagian Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen akan ditutup sementara seperti tarikh berikut :

Tarikh:
6 April 2012 (Jumaat – jam 9.00 malam)

7 April 2012 (Sabtu)
8 April 2012 (Ahad)

Penutupan ini adalah bagi tujuan kerja-kerja Pest Control Treatment Fumigasi  Buku-Buku di Bahagian Dokumen, Aras 5, Perpustakaan Tun Seri Lanang. Perkhidmatan akan dibuka seperti biasa pada 09 April 2012 (Isnin).

Mohon maaf atas kesulitan.

(ewarga/bul/bil.04042012-21)

 

 

Siri Kelima Penerbitan Buku Web 2.0 PPA [atas]

Buku bertajuk Web 2.0 Survey & Polling Tools : A Quick Guide  terbitan PPA secara e-book boleh dicapai melalui http://www.scribd.com/doc/87624844.

(ewarga/bul/bil.04042012-20)

 

 

Makluman Trafik Penggunaan Wifi Ukmjaring Yang Tinggi [atas]

Bedasarkan pemantaun yang dibuat oleh pihak jaring didapati bandwith penggunaan WIFI amat tinggi pada minggu ini. Semakan pada beberapa Access Point (AP) di block di kolej -kolej didapati penggunaan yang tinggi dan berlaku traffic terutama waktu malam.

Sehubungan dengan itu pihak jaring menasihatkan pelajar berada di tempat-tempat terbuka di blok seperti Bilik TV dan Cafetaria yang berdekatan, bagi mengelakkan masalah capaian ke internet.

(ewarga/bul/bil.04042012-19)

 

 

Senarai/Pameran Bahan Media di PTSL [atas]

Bahagian Koleksi Media PTSL ada menyediakan senarai bahan media dalam bidang Bahasa dan Komunikasi bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran. Jika anda berminat untuk meningkatkan penguasaan bahasa dengan teknik pembelajaran yang lebih interaktif, sila klik link di bawah untuk muat turun senarai., http://pkukmweb.ukm.my/mediaukm/images/stories/Bahasa%20dan%20Komunikasi.pdf
 
Di samping itu, anda juga dijemput untuk mengunjungi pameran bahan bahasa yang diadakan di Bahagian Koleksi Media, Aras 2, PTSL. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di 03-8921 5837 / 4084 atau melalui emel mrohana@ukm.my / marlyda@ukm.my”
 

(ewarga/bul/bil.04042012-18)

 

 

Lawatan Rombongan Delegasi daripada  Universitas Hasanuddin Makassar,  Indonesia (UNHAS) ke Fakulti Farmasi UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Lawatan Rombongan Delegasi daripada  Universitas Hasanuddin Makassar,  Indonesia (UNHAS) ke Fakulti Farmasi UKM, Kampus Kuala Lumpur akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 4 April 2012 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat:  Bilik Mesyuarat Fakulti Farmasi, Blok B, Tingkat 5, UKM Kampus Kuala Lumpur
  

(ewarga/bul/bil.03042012-17)

 

 

Bengkel Maklumat Penyelidikan [atas]

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan UKM dan Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan (KKWP) akan menganjurkan Bengkel Maklumat Penyelidikan untuk guru sekolah. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai teknik/strategi pencarian maklumat bagi membantu guru-guru menghasilkan penyelidikan yang mantap. Bengkel ini akan menerokai pengaksesan dan penggunaan maklumat dari  pelbagai sumber maklumat bercetak dan elektronik (online). Bengkel Maklumat Penyelidikan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 19 Mei 2012
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat:  siber@ptsl, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

Sila klik untuk butiran lanjut.

(ewarga/bul/bil.03042012-16)

 

 

Makluman "SPRING into Wiley Online Library - Online quiz 2012" [atas]

"SPRING into Wiley Online Library - Online quiz 2012" sedang berlangsung bermula 27 Mac sehingga 11 Mei 2012. Warga UKM dialu-alukan untuk turut serta.

Hadiah menarik menanti anda;  

• Pertama: iPad2  (5 pemenang)
• Kedua : iPod Nano (5 pemenang)
• Ketiga: iPod Shuffle (10 pemenang)
• Saguhati: Wireless Mouse (10 pemenang)

Maklumat lanjut di http://olabout.wiley.com/WileyCDA/Section/id-811011.html

(ewarga/bul/bil.03042012-15)

 

 

Kutipan Bahan Kitar Semula di Pusat kitar semula UKM (PKSUKM) [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat kitar semula UKM (PKSUKM) akan beroperasi seperti berikut:

Hari: Selasa
Waktu: 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang
Tarikh: 3 April 2012
Tempat: Dataran Panggung Seni, UKM

Sila klik – Harga barangan ini berubah mengikut harga pembelian semasa.

(ewarga/bul/bil.03042012-14)

 

 

Siri Seminar IKMAS :  “Is ASEAN Torn between America and China?” [atas]

Tarikh: 10 April 2012 (Selasa)
Masa: 10:00 pagi – 12:00 tengah hari
Tempat: Bilik Seminar IKMAS, UKM

Oleh:
Dr.  Daniel Novotny
School of History & Politics
Metropolitan University Prague, Czech Republic

Tajuk: Is ASEAN Torn between America and China?

Untuk maklumat lanjut dan jawapan kehadiran, sila ke http://www.ukm.my/ikmas/pdf/seminar_dn2012.pdf
 

(ewarga/bul/bil.03042012-13)

 

 

Keputusan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental IPTA (FRGS) FASA 1/2012 [atas]

Dimaklumkan bahawa KPT telah mengemukakan kepada Universiti senarai kelulusan projek FRGS bagi Fasa 1/2012. Sebanyak 96 projek penyelidikan telah diluluskan. Senarai penuh kelulusan adalah seperti di lampiran. Surat tawaran kelulusan projek dan Surat Pengakuan Menjalankan Penyelidikan FRGS yang mengandungi perincian maklumat projek penyelidikan akan menyusul kemudian.

Pemohon yang namanya tidak termasuk dalam senarai berjaya, surat pemakluman juga akan dihantar kepada tuan/puan dalam sedikit masa lagi. Untuk tujuan pertanyaan sila hubungi pegawai di CRIM (Puan Siti Noraida) di talian 8921 5631.

Sila klik – Senarai Kelulusan FRGS Fasa 1/2012

(ewarga/bul/bil.03042012-12)

 

 

Jadual Kenaikan Pangkat PPUKM [atas]

1. Jurutera (J48) : sila klik
2. Jurutera (J44) : sila klik
3. Pegawai Teknologi Maklumat (F44) : sila klik
4. Penolong Pegawai Tadbir (N32) : sila klik
5. Jururawat Pergigian (U32) : sila klik
6. Juruteknologi Makmal Perubatan (U32) : sila klik
7. Juruteknik (J26) : sila klik
8. Juruteknik (J22) : sila klik
9. Pembantu Tadbir (N22) : sila klik

(ewarga/bul/bil.03042012-11)

 

 

Perkhidmatan Sidang Video berasaskan Web [atas]

Dimaklumkan Pusat Teknologi Maklumat UKM kini menyediakan perkhidmatan sidang video berasaskan web.  Perkhidmatan ini sesuai digunakan untuk mesyuarat, penyeliaan  serta  pengajaran dari dua sehingga sepuluh lokasi berbeza dan berjauhan.
Warga UKM  yang berminat menggunakan perkhidmatan ini atau memerlukan maklumat lanjut bolehlah menghubungi En Mohd Sharhan Abdul Ghani di talian 8921 6439 atau email bkt@ptm.ukm.my.

(ewarga/bul/bil.03042012-10)

 

 

Bengkel  Siri Web 2.0  4/2012 : Web 2.0 Collaborative Tools [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik (PPA) akan mengadakan bengkel tersebut pada 24 April 2012. Semua warga akademik dijemput hadir dan permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui www.ukm.my/espel sebelum 13 April 2012. Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.03042012-09)

 

 

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 : Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di bawah Sistem Saraan Malaysia [atas]

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 : Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Dibawah Sistem Saraan Malaysia bagi menggantikan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah dibatalkan oleh kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPgSM), Jabatan Pendaftar sedang melaksanakan tindakan berikut bagi tujuan pelaksanaan penggajian gaji baru :

(a) mendapatkan kelulusan LPU bagi mengguna pakai dan melaksanakan PP Bil. 1/2012.
(b) membuat penyelarasan dan tunggakan gaji berdasarkan PP Bil. 1/2012. Gaji baru akan dibayar pada 25 April 2012.

Sila klik untuk muat turun PP Bil. 1/2012.

(ewarga/bul/bil.02042012-08)

 

 

Jadual Road Show Audit Kendiri 2012 [atas]

Sila klik : Sistem Pengurusan Kualiti : Jadual Road Show Audit Kendiri 2012.

(ewarga/bul/bil.02042012-07)

 

 

Urusan Kenaikan pangkat Pegawai Belia dan sukan Dari Gred S41 - S44 di UNIMAS [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(ewarga/bul/bil.02042012-06)

 

 

Latihan Perbarisan Gugusan Pentadbiran Sukan Staf UKM 2012 [atas]

Diminta semua pengurus pasukan dan atlit Gugusan Pentadbiran dapat menghadirkan diri pada Sesi Latihan 1 dan 2 Perbarisan Gugusan Pentadbiran Sukan Staf UKM 2012 seperti berikut :

Tarikh: 2 - 3 April 2012 (Isnin & Selasa)
Masa:  5.30 petang
Tempat: Stadium Pusat Sukan, UKM.

Kehadiran semua pengurus dan atlit amatlah diharapkan. Pentadbiran Boleh.

(ewarga/bul/bil.02042012-05)

 

 

Pameran Penyakit Respiratori [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan UKM, akan menganjurkan 'Pameran Penyakit Respiratori' seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 1 - 30 April 2012
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Ruang Legar, Pusat Kesihatan,UKM, Bangi

Semua Warga UKM dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.02042012-04)

 

 

Siri Wacana Hadhari 2/2012 "Stress Wanita Profesional: Menanganinya Dari Perspektif Psikoterapi Islam" [atas]

Dimaklumkan bahawa Siri Wacana Hadhari 2/2012 "Stress Wanita Profesional: Menanganinya Dari Perspektif Psikoterapi Islam" akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 5 April 2012 / 13 Jamadilawal 1433H (Khamis)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Disampaikan oleh :
Prof. Madya Dr. Fariza Md Sham
Felo Kanan Bersekutu Institut Islam Hadhari, UKM

Sila klik untuk atur cara dan sila klik untuk muat turun poster.

Penyertaan akan didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL).

Semua dijemput hadir.

(ewarga/bul/bil.02042012-03)

 

 

Perkhidmatan 'Sports Massage' [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Sukan menawarkan perkhidmatan 'Sports Massage' kepada semua warga UKM. Maklumat perkhidmatan adalah seperti berikut :

Hari: Isnin hingga Jumaat
Masa:  (7.30 - 8.00 pagi) , (1.00 - 2.00 petang) , (5.00 - 7.00petang)
Tempat:    Pusat Sukan UKM

Kadar Bayaran:
Upper Body: RM 35.00
Lower Body: RM 25.00
Full Body: RM 50.00

Sila klik untuk muat turun poster.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

03-8921 4192 -  Pn. Umi Kalsom Hot
03-8921 4454 -  En. Asyraf, En. Yazid, Cik Alia

(ewarga/bul/bil.02042012-02)

 

 

Saksikan Makmal Pembelajaran Autisma UKM di TV3 jam 7.50 & 8.30 pagi ini , 3 April 2012 [atas]

Warga UKM dialukan untuk menyaksikan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pada jam 7.50 & 8.30 pagi 3 April 2012 yang mana menampilkan penyelidikan mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif dalam mendidik kanak-kanak autisma yang dijalankan oleh kumpulan penyelidikan diketuai oleh Dr. Hasnah Toran."

(ewarga/bul/bil.02042012-01)